Rekod banduan hilang selepas lima tahun

Rekod banduan hilang selepas lima tahun

ABDUL AZIZ ABDUL RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Penja­ra Malaysia sedang merangka pin­daan Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang-Orang Yang Ti­dak Diingini 1969 (Akta 7) bagi mem­­bolehkan rekod jenayah be­­­kas banduan digugurkan da­ri­pada dataraya selepas lima tahun.

Langkah ini bertujuan membuka ruang kepada bekas ban­duan mencari pekerjaan dan mem­bina semula kehidupan tan­­pa dibebani stigma rekod jenayah lampau yang selama ini men­jadi halangan utama mereka.

Begitupun, pengguguran rekod jenayah lampau dilakukan ber­dasarkan penilaian Jabatan Pen­jara dengan mengambil kira tahap kelakuan baik bekas ban­duan yang sekali gus dapat mem­bantu mereka mencari peker­jaan dan menyara kehi­dupan selepas keluar dari penjara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Datuk ­Abdul Aziz Abdul Razak berkata, setiap tahun, lebih 300,000 banduan dan tahanan reman dibebaskan, namun rekod mereka kekal berada dalam dataraya sepanjang hayat dan situasi itu menyukarkan mereka mencari pekerjaan.

“Tempoh lima tahun merupakan masa kritikal bagi seseorang berubah dan jika mereka menunjukkan kelakuan baik da­lam tempoh ini, mengapa per­lu kekal dihukum oleh rekod lama?.

“Malah ada bekas banduan dihantar semula ke penjara berikutan kesukaran mereka mendapatkan pekerjaan,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz menyifatkan tempoh lima tahun adalah satu masa yang wajar untuk rekod lampau seseorang itu disimpan dalam dataraya itu.

“Lima tahun dianggap sesuai memandangkan tempoh itu dijadikan penanda aras di negara luar. Paling kritikal untuk seseorang itu berubah adalah dalam dua tahun. Jika mereka berkelakuan baik dalam tempoh lima tahun kenapa mesti mereka mahu mengulang semula jenayah,” katanya.

Cadangan ini turut mendapat sokongan daripada pihak yang mahukan reformasi sistem pendaftaran jenayah bagi membantu bekas banduan kembali ke pangkuan masyarakat secara lebih berkesan.

Pada 2014, cadangan supaya borang permohonan kerja tidak lagi mewajibkan pengisytiharan rekod jenayah pernah diketengahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang ketika itu Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Pindaan akta yang sedang dipertimbangkan ini dilihat sebagai satu langkah progresif ke arah memberi peluang kedua kepada bekas banduan, sekaligus mengurangkan kadar jenayah berulang dan menyumbang kepada kestabilan sosial.

Jabatan Penjara berharap pindaan tersebut akan diluluskan dalam masa terdekat bagi membolehkan bekas banduan yang telah berubah dan menunjukkan kelakuan baik disisihkan daripada senarai jenayah, sekali gus membuka lembaran baru dalam kehidupan mereka.

Langkah ini bukan sahaja mencerminkan komitmen negara dalam agenda pemulihan sosial, malah sejajar dengan amalan antarabangsa yang memberi peluang pembaikan diri kepada individu yang pernah melakukan kesilapan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×