PKR di ambang perpecahan?

PKR di ambang perpecahan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERJUANGAN PKR dilihat seolah-olah sudah menyimpang jauh daripada matlamat asal penubuhan parti itu. Asalnya parti itu ditubuhkan untuk menentang amalan korupsi, kronisme dan nepotisme yang berleluasa semasa pentadbiran perdana menteri sebelum ini.

Pemilihan PKR kali ini mencetuskan perdebatan terutama dalam perebutan kerusi nombor dua parti antara Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar. Pencalonan anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan ahli akar umbi, sekali gus bercanggah dengan kenyataan presiden parti terdahulu iaitu berikan laluan mudah kepada Rafizi.

Sementara Rafizi pula membuat kenyataan akan meletakkan jawatan dalam Kabinet sekiranya kalah pada pemilihan parti pada 24 Mei ini. Ini bermakna akan berlaku rombakan Kabinet. Jika perkara ini berlaku, tidakkah ia merugikan parti?

Apa yang merisaukan, parti yang menjadi pilihan anak muda ini akan ‘longlai’ kerana PKR tidak lagi seperti dulu. Ini kerana perjuangan parti seolah bertentangan dengan idealism asalnya. Disebabkan hal-hal seperti ini, parti tidak lagi harmoni sebaliknya mencetuskan bibit-bibit perpecahan yang menguntungkan pihak lawan atau saingan politik parti lain.-UTUSAN

SURVIVAL POLITIK
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×