Korban rehat demi Malaysia Masters  

Korban rehat demi Malaysia Masters  

Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal berdepan jadual padat di siri Jelajah Dunia BWF di Eropah bermula Oktober ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki No. 5 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sanggup mengorbankan masa rehat mereka selepas menjuarai Terbuka Thailand, kelmarin, untuk bangun awal pagi hanya semata-mata mahu menguji gelanggang menjelang Kejohanan Badminton Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.

Aaron berkata, dia dan Wooi Yik hanya sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 12 lebih tengah malam, semalam dan tidak mendapat tidur yang cukup kerana sesi latihan di Axiata Arena bermula seawal pukul 8 pagi.

“Saya agak letih, tidur memang tidak cukup, tetapi, tak mengapa masih ada masa untuk kami berehat petang ini (petang semalam) dan esok (hari ini) kami tak main, perlawanan kami hanya berlangsung pada Rabu,” katanya kepada pemberita selepas sesi ujian gelanggang di Axiata Arena, Bukit Jalil dekat ini, semalam.

Kelmarin, Aaron-Wooi Yik menewaskan beregu muda Denmark, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer 20-22, 21-17, 21-12 dalam perlawanan akhir dan kemenangan itu merupakan kejayaan sulung Malaysia di Terbuka Thailand dalam tempoh 16 tahun lepas Chan Peng Soon-Lim Khim Wah berbuat demikian pada 2009.

Ketika ditanya tentang keterujaan peminat yang mengharapkan pencapaian sama dapat diulang di tanah air sendiri, kata Aaron, dia sememangnya amat berharap dapat mengekalkan prestasi yang baik di Axiata Arena dan fokusnya kini ialah beraksi dalam suasana bebas tekanan.

“Sekarang ini menang atau kalah perkara kedua, apa yang penting saya mahu menikmati keseronokkan bermain dan kami berjanji akan mempamerkan yang terbaik buat peminat,” katanya.

Mengulas pula mengenai perubahan sejak berada di bawah bimbingan jurulatih, Herry Iman Pierngadi, Aaron berkata, pengendali dari Indonesia itu mahu dia dan Wooi Yik bermain lebih konsisten dengan corak permainan menyerang dan dalam masa sama menerapkan teknik ‘no lifting’.

“Kami sebenarnya masih menyesuaikan diri, tetapi kami gembira dengan pendekatan jurulatih Herry,” katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai persaingan pada Malaysia Masters, Wooi Yik pula berkata, dia lebih selesa menilai peluang mereka 50-50 dan berharap dapat memanfaatkan sepenuhnya beraksi di hadapan penyokong sendiri.

“Selepas memenangi Terbuka Thailand, ia menjadi satu motivasi untuk memberikan yang terbaik apabila perjuangan kami terus bersambung di Axiata Arena pula dan kali ini kami memiliki kelebihan kerana penyokong berada di belakang kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×