Majikan pemandu lori minta maaf, serah siasatan kepada polis

Majikan pemandu lori minta maaf, serah siasatan kepada polis

KEADAAN trak FRU yang terlibat kemalangan dengan lori di Jalan Sungai Lampam di Teluk Intan, Perak Selasa lalu - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Majikan ­ke­­pada pemandu lori yang ter­­libat da­lam kemalangan de­­ngan trak Pa­sukan Simpa­nan Persekutuan (FRU) di Ja­lan Sungai Manik-Su­ngai Lam­pam, di sini Selasa lalu me­mohon maaf kepada ahli ke­luarga mangsa nahas yang me­ngorbankan sembilan ang­­­­gota FRU.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Ravi, 58, mengakui berasa sedih atas apa yang berlaku terutama terhadap mang­sa dan keluarga serta waris mereka menghadapi saat sukar kehilangan ahli keluarga termasuk yang mengalami kece­deraan.

Menurutnya, dia sama sekali tidak lepas tangan terhadap kejadian tersebut dan sentiasa memikirkan perasaan dan masa depan ahli keluarga mang­sa yang terlibat dalam kemalangan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah tentu saya rasa sebak, saya sentiasa fikir ba­gai­mana perasaan mereka. Me­reka sudah hilang ahli keluarga, hilang suami, bagaimana kehidupan mereka. Apabila ketua keluarga sudah tiada, sudah tentu hidup mereka susah. Saya dapat rasakan semua itu.

“Bagi pihak syarikat, kami minta maaf kepada keluarga mangsa, saya juga ucapkan takziah kepada mereka.

“Kalau boleh saya nak jumpa setiap keluarga mangsa, saya hendak melawat mereka. Saya nak zahirkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku. Saya minta izin untuk bertemu mereka, itu permintaan saya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.54 pagi Selasa lalu, kende­raan membawa 18 anggota FRU Unit 5 Sungai Senam, Ipoh dirempuh lori muatan batu yang didakwa mengalami kegagalan fungsi stereng.

Mereka yang terbunuh ialah Sarjan S. Perumal, 44; Sarjan Mohd. Roslan Abd. Rahim, 46; Koperal Mohd. Pozli Jaudin, 41; Koperal Nurit ak Pandak, 34; Koperal Amiruddin Zabri, 38; Koperal Mohamad Hilmi Mohd. Azlan, 38; Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35; Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, 33, dan Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28.

Mengenai kemalangan tempoh hari, dia enggan mengulas kejadian itu sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis melakukan siasatan dan mahkamah untuk menentukan keputusan.

“Kalau mengenai kemala­ngan, saya tidak mahu komen siapa salah siapa yang be­tul. kita tunggu (keputusan) mahkamah. Saya terima apa sahaja keputusan mahkamah,” katanya.

Ravi memberitahu, dia telah memberi keterangan kepada pihak polis hari kejadian dan dia juga sudah pergi ke lokasi kemalangan.

“Semasa berada di lokasi kejadian, pihak polis menghubungi saya, jadi saya terus ke balai polis. Selepas itu saya tidak tahu apa yang berlaku di lokasi kemalangan,” katanya.

Mengenai lori yang terlibat dalam kemalangan itu, Ravi berkata, lorinya mempunyai dokumen lengkap dan baru sahaja menjalani pemeriksaan Puspakom sebulan lalu.

Mengenai pemandu yang terlibat, Ravi berkata, lelaki itu baru bekerja sebulan setengah.

“Dia (pemandu) datang meminta kerja tapi saya kata saya hendak buat pemeriksaan lori di Puspakom dahulu sebab pada masa itu lori tiada cukai jalan.

“Bulan lalu saya ke Puspakom dan pemeriksaan lori diluluskan. Selepas itu saya perbaharui cukai cukai jalan.

“Dia mula bekerja empat atau lima hari sebelum Hari Raya, selepas itu dia cuti raya. Sejak Jumaat hingga hari Isnin, lori tidak digunakan mengangkut batu dan pada Selasa baru dia memandu semula sehinggalah berlaku kemalangan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×