Ancelotti ke Brazil, Alonso sertai Real   

Ancelotti ke Brazil, Alonso sertai Real   

CARLO ANCELOTTI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Persatuan Bolasepak Brazil (CBF) mengumumkan Carlo Ancelotti bakal mengemudi skuad kebangsaan negara itu sebaik meninggalkan Real Madrid pada penghujung musim ini.

Pengendali berusia 65 tahun itu menikmati empat tahun penuh bermakna bersama kelab utama Sepanyol berkenaan, namun bakal mengakhiri musim ini tanpa sebarang trofi kejuaraan.

“Dengan Ancelotti melatih Brazil, ia adalah satu tindakan yang strategik. Ia adalah satu makluman kepada dunia yang kami mahu meraih semula gelaran teratas dalam bola sepak.

“Dia adalah jurulatih terhebat dalam sejarah dan sekarang, dia menerajui pasukan kebangsaan terhebat di planet ini. Bersama-sama, kami akan mengorak langkah baharu dalam sejarah gemilang bola sepak Brazil,” kata Presiden CBF, Ednaldo Rodrigues

Sumber bola sepak Brazil berkata, Ancelotti akan menandatangani perjanjian selama setahun untuk menjadi jurulatih pasukan kebangsaan dengan bayaran tertinggi di dunia menjelang Piala Dunia 2026, selain diberikan pilihan melanjutkan kontraknya.

Sementara itu, bekas pemain tengah Sepanyol, Xabi Alonso hampir pasti mengambil alih tugas sebagai pengendali Real dengan kontrak selama tiga tahun apabila dijangka meninggalkan Bayer Leverkusen selepas musim ini berakhir.

Alonso, 43, dijangka menggantikan Ancelotti walaupun masih mempunyai baki setahun lagi dalam kontrak semasanya, musim suram Real dan keinginannya untuk mengemudi Brazil menjadikan kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah.

Alonso, yang pada awal bulan ini mengumumkan akan meninggalkan Leverkusen selepas membantu pasukan meraih beberapa gelaran musim lalu, dilaporkan bakal menyertai Real sebelum Piala Kelab Dunia di Amerika Syarikat dari 14 Jun hingga 14 Julai ini.

Alonso, yang pernah beraksi bersama Liverpool dan Bayern Munich, pernah membantu Leverkusen meraih gelaran juara Bundesliga musim lalu di samping menjuarai Piala Jerman dan Piala Super Jerman. 

Pengumuman rasmi mengenai perubahan itu dijangka dibuat sebelum perlawanan terakhir Real musim ini menentang Real Sociedad di laman sendiri pada 25 Mei ini.

Ancelotti dijangka diraikan dalam majlis perpisahan sebagai pengiktirafan kepada jasa yang dicurahkannya sejak empat tahun lalu.- AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×