DUNIA digital membuka peluang tanpa sempadan kepada sesiapa yang bersedia untuk belajar dan berkembang.
Namun, peralihan ke arah digital memerlukan komitmen kewangan yang tinggi, terutamanya bagi perusahaan kecil dan individu yang baru bermula.
Terdapat panduan bagaimana untuk mengembangkan kemahiran individu tidak kira masih melanjutkan pelajaran mahupun sedang bekerja.
Panduan menambah ilmu mengenai dunia digital.
Kenal pasti minat anda
Pastikan minat anda ke arah mana, adakah anda minat dalam pemasaran digital, data, reka bentuk, pembangunan web, kecerdasan buatan (AI) atau keselamatan siber?
Ini akan memberi kesan untuk anda menambah ilmu dalam bidang yang anda minati.
Ikuti kelas secara dalam talian
Dunia semakin canggih, jadi tidak semestinya untuk mempelajari bidang AI anda perlu mengambil waktu yang agak lama.
Kini, pelbagai platform digital menawarkan kursus atau bengkel secara atas talian dalam tempoh jangka pendek.
Gunakan platform seperti Canva, Google Ads untuk bereksperimen
Bina portfolio mudah seperti laman web peribadi, profil, atau blog untuk berkongsi pembelajaran anda.
Sertai komuniti digital
Ambil peluang untuk menyertai pemasaran digital untuk menambah ilmu anda.
Pelbagai platform disediakan seperti ‘Facebook Group’, Telegram atau LinkedIn Group berkaitan digital.
Sertai acara seperti webinar, bengkel digital, hackathon atau agensi tempatan (contohnya anjuran MDEC, MaGIC, atau OpenAcademy).
Ikuti profesional atau cari mentor dalam dunia digital
Peminat digital boleh mencari mentor di LinkedIn atau platform komuniti.
Malah dengan cara ini anda secara sopan untuk bertanya nasihat atau jalan belajar dan mengikuti orang berpengaruh dalam bidang digital yang anda minati.
Konsisten dan jangan takut gagal
Jika kita lihat ketika ini, dunia digital cepat berubah. Belajar sambil buat pelbagai pembelajaran digital.
Bayaran agak mahal atau percuma
Ada peminat digital kini menganggap dunia digital adalah pembelajaran yang mahal kerana bengkel atau webinar yang disediakan menawarkan bayaran yuran yang agak tinggi.
Anda boleh cari peluang pembelajaran percuma bagi mengelakkan anda mengeluarkan kos yang agak besar.-UTUSAN










