Asap klorin beracun cemar ruang udara Barcelona, ribuan diarah berkurung

Asap klorin beracun cemar ruang udara Barcelona, ribuan diarah berkurung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Pihak berkuasa Sepanyol mengarahkan lebih 160,000 penduduk di sekitar Barcelona untuk kekal berada di dalam rumah selepas satu kebakaran di sebuah gudang industri melepaskan asap klorin beracun di ruang udaranya.

Kebakaran tersebut berlaku pada awal pagi di bandar pesisir Vilanova i la Geltru di selatan Barcelona, di sebuah gudang yang menyimpan bahan pencuci kolam renang, menurut perkhidmatan bomba wilayah.

“Jika anda berada dalam zon yang terjejas, jangan keluar dari rumah atau tempat kerja anda,” kata Perkhidmatan Perlindungan Awam di media sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

Orang ramai dinasihatkan supaya menutup pintu dan tingkap di kawasan berisiko yang meliputi lima daerah sepanjang pesisir pantai dari Vilanova i la Geltrú hingga ke kampung Calafell berhampiran Tarragona.

Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini, kata pihak bomba di platform X, sambil menambah sejumlah besar anggota bomba dikerahkan untuk mengawal kebakaran tersebut.

Mereka turut memantau kolum asap daripada kebakaran itu bagi mengesan sebarang perubahan dan tahap ketoksikannya.

Pihak berkuasa menutup beberapa jalan raya serta stesen kereta api untuk menghalang orang ramai daripada menghampiri kawasan terjejas.

“Sangat sukar untuk klorin terbakar, tetapi apabila ia terbakar, ia amat sukar untuk dipadamkan,” kata pemilik Gudang, Jorge Viñuales Alonso kepada stesen radio tempatan Rac1.

Beliau percaya punca kebakaran mungkin berpunca daripada bateri litium.

Datuk Bandar Vilanova, Juan Luis Ruiz López, memberitahu televisyen awam TVE, pihak berkuasa menjangkakan asap beracun itu akan mula hilang apabila kebakaran berjaya dipadamkan dan langkah berjaga-jaga semasa mungkin dapat ditamatkan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN