Scandinavian versi ringkas, tetap menawan

Scandinavian versi ringkas, tetap menawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Gemar dengan gaya ringkas dan kemas membuatkan pemilik kediaman ini menggabungkan gaya Scandinavian dan minimalis.

Gabungan ini bukan sahaja mewujudkan suasana Scandinavian versi ringkas, namun turut mebangkitkan clean look pada ruang.

Keseluruhan ruang mengetengahkan hiasan dalaman rona putih, material kayu cerah dan pencahayaan semula jadi untuk membangkitkan suasana tenang.

Pemilik kediaman, Nurhalisha Ali, 39, berkata, gaya yang ringkas memberi ilusi luas pada ruang terhad.

“Saya memilih konsep ini kerana ia ringkas, tidak serabut serta menggunakan warna-warna yang lembut.

“Ia sesuai dengan gaya hidup saya yang sukakan rumah kemas, tenang dan mudah dijaga. Pemilihan rona cerah dan penggunaan cahaya semula jadi membuatkan ruang nampak luas dan selesa, walaupun rumah saya tidaklah besar mana.

“Lebih-lebih lagi saya memiliki anak kecil yang dalam fasa aktif dan suka meneroka serta bermain. Dengan konsep ini, ia memudahkan dan menjimatkan masa untuk mengemas rumah,” katanya.

Pemilihan perabot juga terdiri daripada rekaan ringkas dan kemas.

“Pencahayaan semula jadi memang menjadi keutamaan contohnya tingkap besar dan langsir cerah serta nipis agar rumah sentiasa terang.

“Saya juga masukkan sedikit elemen kayu cerah dan tumbuhan hijau untuk sentuhan semula jadi dan rasa tenang.

“Sejujurnya, ambil masa juga untuk lengkapkan konsep ini kerana saya agak berhati-hati dalam memilih perabot, perhiasan serta peralatan dari segi warna, saiz dan fungsinya. Saya mahu barangan rumah yang dibeli bertahan lama dan pelbagai guna,” katanya.

Bahagian dapur turut dilatari rona putih dan hiasan ringkas untuk menampakkan dapur yang ringkas dan kemas.

Kediaman berkeluasan 750 kaki persegi itu juga mengetengahkan elemen kayu dan tumbuhan hijau sekali gus menjadikan suasana lebih selesa dan nyaman.

Konsep itu bukan sahaja praktikal, malah sentiasa malar segar.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×