Varian B1617 dikategori sebagai kebimbangan global - WHO - Utusan Malaysia

Varian B1617 dikategori sebagai kebimbangan global – WHO

MARIA VAN KERKHOVE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan varian koronavirus yang pertama kali ditemui di India dikategorikan sebagai `varian kebimbangan global’.

WHO menegaskan beberapa kajian awal menunjukkan varian B1617 itu lebih mudah menular.

B1617 merupakan varian keempat yang ditetapkan sebagai kebimbangan global dan memerlukan pengesanan dan kajian yang lebih tinggi. 

Tiga varian lain membabitkan varian Covid-19 yang pertama kali dikesan di Britain, Afrika Selatan dan Brazil.

“Kami mengklasifikasikan ini sebagai varian kebimbangan di peringkat global.

“Beberapa maklumat sedia ada jelas menunjukkan peningkatan penularan,” kata Ketua Teknikal mengenai Covid-19 di WHO, Maria Van Kerkhove dalam satu taklimat.

Kes jangkitan dan kematian Covid-19 di India dilaporkan semakin meningkat dengan desakan pelbagai pihak meminta kerajaan dibawah pimpinan Narendra Modi melaksanakan perintah berkurung sepenuhnya.

Sebelum ini, WHO memaklumkan varian B1617 pertama kali dikesan di India Disember lalu meskipun versi yang awal ditemui pada Oktober 2020.

Sementara itu, Ketua Saintis WHO, Soumya berkata, beberapa kajian sedang dilakukan di India untuk meneliti tahap penularan varian, kadar keseriusan penyakit dan tindak balas antibodi dalam kalangan penduduk yang sudah menerima vaksin. 

“Apa yang kami dapat jelaskan ketika ini adalah vaksin berkesan, diagnostik berfungsi malah rawatan sama yang digunakan virus biasa juga berkesan, jadi kita tidak perlu mengubah semua itu,” katanya. – REUTERS    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×