Chee Cheong Fun cara ringkas, sedap

Chee Cheong Fun cara ringkas, sedap

Sos lemak manis yang dipadankan dengan Chee Cheong Fun lembut membangkitkan selera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Jika anda penggemar dim sum, pastinya sudah biasa mendengar Chee Cheong Fun yang diperbuat daripada tepung beras dan diisi dengan inti daging, udang atau sayur-sayuran. Kali ini, Seri memperkenalkan cara penyediaan Chee Cheong Fun dengan hanya menggunakan kertas beras. Lebih cepat dan mudah. Resipi dikongsikan oleh Hidayah Sazli. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
9 ekor udang
Kertas beras
Hirisan daun bawang
Minyak cili
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap  masin
1 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil minyak bijan
Sedikit air masak
Cara penyediaan:
Bersihkan udang, buang bahagian kepala dan kulit.
Rendam kertas beras ke dalam air sejuk.
Kemudian susun tiga ekor udang di atas kertas beras yang telah lembut dan tabur sedikit daun bawang yang dihiris.
Balut udang tersebut. Untuk memastikan balutan tebal, boleh guna dua kertas beras.Ulang langkah yang sama.
Setelah selesai dibalut, sapu semua bahagian kertas beras dengan minyak masak supaya tidak melekit apabila dikukus.
Kemudian, kukus selama lima minit sahaja.
Bagi penyediaan sos pula, campurkan 1 sudu kicap masin, 1 sudu kicap pekat manis, 1 sudu kecil gula, minyak bijan, minyak cili dan sedikit air masak. Kacau sehingga sebati.
Apabila udang sudah masak, tuangkan sos ke sekeliling kertas beras.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×