Pengundi muda boleh jejas sasaran majoriti undi

Pengundi muda boleh jejas sasaran majoriti undi

SEBAHAGIAN petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) giat melakukan persiapan akhir menjelang hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Dewan Merdeka Tapah, Perak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGUNDI muda dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning hari ini bakal menentukan majoriti undi yang diperoleh tiga calon bertanding.

Ini kerana daripada 31,281 pengundi, hampir separuh merupakan pengundi muda berusia 18 hingga 39 tahun.

Seperti mana pada Pilihan Raya Umum Ke-15, undi anak muda terutama yang pertama kali mengundi bakal menjadi penentu kepada sasaran parti bertanding dalam mencapai jumlah undi yang mereka sasarkan pada PRK Ayer Kuning.

Namun yang menjadi kebimbangan dalam PRK DUN Ayer Kuning ialah golongan itu dikatakan tidak berminat untuk balik mengundi terutama pengundi luar atas faktor siapapun menang tiada akan mengubah kerajaan dan lebih-lebih lagi mereka baru sahaja pulang bercuti hari raya Aidilfitri awal bulan ini.

Sebahagian pengundi muda itu terdiri daripada pengundi yang pertama kali mengundi yang tidak menunjukkan minat dalam politik kerana mereka menganggap politik itu kotor.

Jika jumlah yang keluar mengundi adalah rendah, ini pastinya akan memberi kesan bukan sahaja kepada Barisan Nasional (BN) tetapi juga Perikatan Nasional (PN).

Berdasarkan pemerhatian di sepanjang kempen dua minggu PRK Ayer Kuning, penglibatan golongan pengundi pertama kali dalam program-program yang dikhaskan untuk anak muda terlaku kurang penyertaan mereka, jika ada pun terdiri daripada mereka yang sudah mencapai pertengahan usia.

“Undi orang muda terutama yang pertama kali mengundi sebenarnya sangat bahaya, jika mereka tidak keluar atau balik mengundi, sasaran jumlah undi parti-parti yang bertanding mungkin tidak dapat dicapai.

“Pengundi baharu juga mungkin silent voter, buat-buat tidak tahu terhadap politik. Golongan ini mampu mengubah sasaran undi yang dijangka, sama ada di pihak BN atau pun PN,” kata Ahli Dewan Belia Negeri Perak, Muhammad Zafir Mohd Saman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×