Tandas awam di Jalan Bakawali jadi lokasi penagih dadah

Tandas awam di Jalan Bakawali jadi lokasi penagih dadah

TANDAS awam di Jalan Bakawali Kluang, Johor didakwa menjadi lokasi golongan penagih dadah melepaskan ketagihan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Sebuah tandas awam di Jalan Bakawali, di sini, yang kedudukannya agak tersorok daripada pandangan awam kini menjadi lokasi pilihan penagih dadah melepaskan ketagihan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang penduduk, yang hanya mahu dikenali sebagai Adi berkata, tandas yang terletak berhampiran pasar tani dan menghadap kawasan belukar itu sering digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Sebaik sahaja memasuki tandas untuk membuang air kecil, saya terkejut apabila asap memenuhi ruang tandas dengan bau yang kuat. Saya cuba memeriksa beberapa pintu tandas yang tertutup, namun semuanya berkunci dan dipercayai ada orang di dalamnya. Saya terus keluar ke­rana bimbang keselamatan diri,” katanya ketika ditemui.

Tambah Adi, sebelum ini, terdapat pihak yang menguruskan tandas tersebut, namun kini kemudahan itu dibiarkan terbiar menjadikannya kotor dan tidak terurus.

Seorang lagi penduduk, Lisa Ahmad, 40, turut melahirkan kebimbangan apabila situasi tersebut boleh menjejaskan keselamatan, terutamanya wanita. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN