SAKHIR, Bahrain: Pelumba pasukan McLaren, Oscar Piastri akan memulakan perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain malam ini di petak depan ketika rakan sepasukan, Lando Norris dan pemandu Red Bull, Max Verstappen bergelut mencari kedudukan.
Norris yang juga pendahulu kategori pelumba setakat ini akan memulakan perlumbaan di petak ketiga manakala Verstappen pula terpaksa menerima takdir di barisan keempat.
Dua pelumba pasukan Mercedes, George Russell di petak kedua manakala Kimi Antonelli baris ketiga.
Tindakan itu dikenakan selepas steward perlumbaan melarang mereka singgah di pitstop sebelum saingan kelayakan kedua ekoran bendera merah.
Keputusan steward perlumbaan itu, membolehkan pemandu pasukan Ferrari, Charles Leclerc naik ke barisan depan manakala Antonelli yang awalnya di tempat keempat ke baris ketiga. – AFP/UTUSAN
Keputusan grid
Barisan depan
Oscar Piastri (AUS/McLaren)
Charles Leclerc (MON/Ferrari)
Barisan 2
George Russell (GBR/Mercedes)
Pierre Gasly (FRA/Alpine)
Barisan 3
Kimi Antonelli (ITA/Mercedes)
Lando Norris (GBR/McLaren)
Barisan 4
Max Verstappen (NED/Red Bull)
Carlos Sainz (ESP/Williams)
Barisan 5
Lewis Hamilton (GBR/Ferrari)
Yuki Tsunoda (JPN/Red Bull)
Barisan 6
Jack Doohan (AUS/Alpine)
Isack Hadjar (FRA/RB)
Barisan 7
Fernando Alonso (ESP/Aston Martin)
Esteban Ocon (FRA/Haas)
Barisan 8
Nico Hulkenberg (GER/Sauber)
Alex Albon (THA/Williams)
Barisan 9
Liam Lawson (NZL/RB)
Gabriel Bortoleto (BRA/Sauber)
Barisan 10
Lance Stroll (CAN/Aston Martin)
Oliver Bearman (GBR/Haas)










