GEORGE TOWN: Kaedah penyampaian dakwah secara santai dan bersahaja seperti sembang di kedai kopi terbukti mampu memberi impak besar kepada golongan bukan Islam yang ingin mengenali agama Islam.
Penaung Persatuan Infaq Kebajikan Umah Takaful Pulau Pinang (myIKUT), Zolkifly Md. Lazim berkata, pendekatan tidak formal itu lebih mudah diterima masyarakat dan memainkan peranan penting dalam menarik minat mereka terhadap Islam.
Menurutnya, sejak ditubuhkan 15 tahun lalu, Dakwah ‘santai’ cara myIKUT tarik perhatian ramai dalami Islam
“Bermula 1 Januari hingga awal April tahun ini sahaja, seramai 20 individu telah memeluk Islam melalui program anjuran kami. Ini membuktikan kerja-kerja dakwah secara inklusif dan berhemah mendapat sambutan baik di Pulau Pinang,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Beliau memaklumkan bahawa Program Ramadan Festival Syahadah, yang masuk tahun ketiga penganjurannya, turut mendapat sambutan luar biasa daripada golongan bukan Islam sepanjang Ramadan lalu.
Tambahnya, myIKUT menyasarkan pengumpulan seramai 1,000 saudara baharu untuk menunaikan solat berjemaah di sebuah masjid menjelang hujung tahun ini. – UTUSAN











