Penternak runsing haiwan ternak jadi mangsa anjing liar

Penternak runsing haiwan ternak jadi mangsa anjing liar

Zuzali Saien menunjukkan laporan polis dan seekor anak lembunya yang mati akibat serangan anjing-anjing liar di Kampung Parit Abd. Rahman, Kayu Ara Pasong, di Pontian, Johor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Masalah anjing liar di kawasan Kayu Ara Pasong masih terus berlaku dengan menjadikan binatang ternakan seperti ayam, kambing dan lembu sasaran bagi mendapatkan makanan.

Seorang penternak lembu, Zuzali Saien, 51, berkata, seekor anak lembunya mati semalam setelah diserang oleh kira-kira 15 ekor anjing liar pada waktu malam.

Katanya, pada bulan Ramadan lalu, berlaku kejadian yang serupa tetapi dua ekor anak lembu hanya cedera tetapi kali ini anjing-anjing tersebut datang kembali sehingga mengakibatkan kematian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Isu anjing liar di kawasan Kayu Ara Pasong bermula apabila pekebun nanas, sayur-sayuran, pisang yang memelihara anjing bagi menjaga tanaman mereka meninggalkan binatang tersebut setelah berakhir aktiviti mereka.

“Keadaan ini telah menyebabkan anjing-anjing menjadi terbiar dan tiada mempunyai makanan lalu menggangu penduduk kampung bagi mendapatkan makanan,” katanya ketika ditemui di Kampung Parit Abdul Rahman, Kayu Ara Pasong, di sini semalam.

Tambah Zuzali, dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Kayu Ara Pasong malam tadi dan meminta supaya pihak-pihak berkenaan mengambil tindakan bagi mengatasi masalah tersebut.

ADS:D

“Anak lembu saya yang mati ini berusia empat bulan dengan kerugian RM1,500 berdasarkan pada harga pasaran semasa,” katanya yang memelihara 25 ekor lembu termasuk lembu pawah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN