Pro-Net tawar diskaun 30% pengecasan EV sempena Syawal

Pro-Net tawar diskaun 30% pengecasan EV sempena Syawal

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proton New Energy Technology (Pro-Net), anak syarikat pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd., menawarkan diskaun istimewa 30 peratus untuk caj pengecasan kenderaan elektrik (EV) dari 29 Mac hingga 7 April 2025, sempena meraikan Syawal.

Menurut kenyataannya, inisiatif ini memastikan pengalaman balik kampung akan lebih lancar dan harga pengecasan lebih berpatutan, disokong oleh rangkaian pengecasan EV terbesar yang semakin berkembang di Malaysia.

Jelasnya, Pro-Net menerajui masa depan elektrik Malaysia dengan menyediakan akses kepada lebih 2,000 poin pengecasan awam di seluruh negara, menjadikannya rangkaian pengecasan bersepadu terbesar di Malaysia. 

Katanya, infrastruktur yang semakin berkembang dan meluas ini memastikan perjalanan tanpa rasa risau bagi pemilik Proton e.Mas dan smart serta menawarkan pengalaman balik kampung yang lancar untuk semua rakyat Malaysia sempena Hari Raya.

Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang berkata, pihaknya komited untuk menjadikan pemanduan elektrik lebih praktikal dan menyeronokkan untuk semua. 

“Sempena sambutan Hari Raya, kami ingin menghargai pelanggan dengan memastikan perjalanan pulang mereka lebih mudah dan harga caj pengecasan lebih berpatutan. 

“Proton e.MAS 7 kini menjadi EV terlaris di Malaysia dan dengan rangkaian pengecasan yang semakin berkembang, kami membuktikan komitmen kami dalam membina ekosistem EV yang lestari,” katanya.

Beliau berkata, tidak kira sama ada memandu Proton e.Mas 7 atau model smart, pengguna berpeluang menikmati perjalanan tanpa sebarang masalah sambil memanfaatkan diskaun pengecasan 30 peratus untuk masa terhad. 

“Pemilik Proton e.MAS dan smart boleh menikmati tawaran istimewa ini di lebih 85 peratus stesen pengecasan awam. 

“Hanya gunakan aplikasi Proton e.MAS atau Hello smart untuk memulakan sesi pengecasan, dan diskaun akan diaktifkan secara automatik,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, ikuti saluran media sosial rasmi Proton e.Mas: Facebook (Proton e.Mas Cars), Xiaohongshu (Proton e.Mas Cars), TikTok (@protonemasofficial), dan Instagram (@protonemasofficial).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×