Bajet kurang Hakim Danish sendirian ke Eropah

Bajet kurang Hakim Danish sendirian ke Eropah

Hakim Danish meluangkan masa bersama keluarganya sebelum berlepas ke Barcelona, Sepanyol dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan pelumba remaja negara, Muhammad Hakim Danish Ramli menjelang musim baharu 2025 termasuk terpaksa berkelana sendirian ke Eropah kerana kekangan bajet.

Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin berkata, Hakim Danish berlepas ke Barcelona, Sepanyol, Ahad lalu, sebagai persiapan awal menjelang sesi ujian pertama di Almeria pada 2 dan 3 April ini.

“Untuk tahun ini Hakim Danish akan berlepas berseorangan ke sana dan saya akan jumpa dia di Sepanyol pada hari perlumbaan.

“Tahun ini tiada krew Malaysia atau mekanik dari Malaysia yang ikut Hakim Danish ke Eropah semuanya akan dibantu krew kita yang ada di Eropah,” katanya kepada pemberita.

Hakim Danish akan terbabit dalam dua perlumbaan iaitu Piala Red Bull Rookies yang membuka tirai saingan pada 26-27 April ini di Litar Jerez, Sepanyol dan Kejohanan Dunia FIM JuniorGP pada 4 Mei di Litar Estoril, Portugal.

Zulfahmi berkata, tahun ini sangat berbeza dengan tahun lepas atas sebab-sebab tertentu, salah satunya ialah kekangan kewangan yang tidak stabil.

Katanya, untuk meneruskan program pembangunan Hakim Danish, beliau percaya ini adalah jalan terbaik demi masa depan pelumba tersebut.

“Saya akan bersama Hakim Danish pada sesi ujian di Almeria dan selepas itu dia akan pergi ke Aragon untuk sesi ujian rasmi Piala Red Bull Rookies, tujuan kita hantar Hakim Danish lebih awal supaya dia dapat buat persiapan lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Hakim Danish pula amat berharap musim 2025 akan dapat berjalan lancar bermula dengan sesi ujian pada 4 April nanti.

 “Untuk perlumbaan musim baharu, saya ada mekanik baharu nama dia Mark, saya pun tak pernah jumpa lagi, saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×