Trend klon anjing, kucing makin popular di China

Trend klon anjing, kucing makin popular di China

WALAUPUN kos tinggi, permintaan terhadap perkhidmatan pengklonan haiwan peliharaan semakin meningkat di China.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Ramai pemilik haiwan peliharaan di China kini beralih kepada teknologi klon untuk mengekalkan ikatan dengan haiwan kesayangan mereka yang sudah tiada.

Trend pengklonan haiwan peliharaan kini berkembang menjadi perniagaan yang popular, didorong oleh kemajuan bioteknologi, hubungan emosi dan permintaan tinggi dalam pasaran.

Ledakan industri pengklonan haiwan peliharaan di China berlaku seiring dengan lonjakan luar biasa dalam pasaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, pengklonan haiwan peliharaan bukan sesuatu yang murah.

Salah satu peneraju industri, Sinogene, mengenakan bayaran sekitar AS$40,000 (RM177,571) untuk kucing dan AS$50,000 (RM221,964) bagi anjing, lapor Nikkei Asia.

Proses pengklonan haiwan peliharaan melibatkan pengambilan sampel kulit daripada haiwan asal, memasukkan asid deoksiribonukleik (DNA) ke dalam telur penderma dan menanam embrio ke dalam ibu tumpang.

Hasilnya ialah kembar genetik yang lahir beberapa bulan bahkan bertahun-tahun selepas haiwan asal mati.

Walaupun kosnya tinggi, permintaan terhadap perkhidmatan itu semakin meningkat.

Meskipun pengklonan dipromosikan sebagai cara saintifik untuk ‘bersatu semula’ dengan haiwan peliharaan yang sudah tiada, proses tersebut tidak terlepas daripada kontroversi.

Aktivis hak haiwan berpendapat, ibu tumpang yang digunakan dalam pengklonan menderita dan menyifatkan amalan itu sebagai kejam serta tidak beretika.

Jumlah haiwan peliharaan di bandar meningkat kepada 124 juta dan dijangka terus melonjak, dengan pasaran diramalkan mencapai 400 bilion yuan (RM244 bilion) menjelang 2027, menurut Kertas Putih Industri Haiwan Kesayangan China 2025.

Walaupun kerajaan berusaha meningkatkan kadar kesuburan, jumlah haiwan peliharaan di China kini melebihi bilangan kanak-kanak.

Tahun lalu, China secara rasmi mencatatkan jumlah haiwan peliharan lebih banyak berbanding kanak-kanak di bawah umur empat tahun, lapor agensi Xinhua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN