Subjek sejarah tarik masuk Islam

Subjek sejarah tarik masuk Islam

SEBAHAGIAN saudara baharu Islam yang hadir pada Majlis Iftar Bersama Mualaf di Jalan Taman Maju, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Selepas beberapa tahun berdepan tentangan dari keluarga gara-gara memeluk Islam, Nur Syuhada Lee meluahkan rasa syukur apabila kedua ibu bapa memberi restu terhadap keputusan yang dibuat semasa berusia 23 tahun.

Nur Syuhada yang kini berusia 57 tahun berkata, detik gembira itu hadir selepas dia melahirkan anak sulung.

“Selepas memeluk Islam, ibu bapa marah dan tidak boleh menerima keputusan itu. Namun saya menguatkan diri untuk berjumpa pada setiap masa dan tidak pernah menyisihkan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beberapa tahun selepas itu, saya meminta izin emak dan ayah untuk berkahwin. Alhamdulillah, setelah melahirkan anak, mereka dapat menerima saya seadanya dengan baik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Bersama Mualaf anjuran Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Kelantan semalam.

Nur Syuhada memberitahu, semasa memeluk Islam semua urusan itu dibantu sepenuhnya oleh kakak yang lebih awal berbuat demikian.

Katanya, dia mula tertarik dengan keindahan Islam menerusi sejarah yang dipelajari semasa berada di sekolah.

“Setiap kali perayaan Tahun Baharu Cina, dia bersama suami dan anak-anak akan pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibunya yang menetap bersama kakak di Selangor.

“Ayah sudah meninggal dunia 20 tahun lalu. Selain saya dan kakak, lelaki turut memeluk Islam secara rela hati, tanpa paksaan,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Vijay, 43, mengakui bertuah dapat memeluk Islam bersama isteri dan tiga anak yang berusia antara tiga hingga 23 tahun semasa menetap di Johor pada 2022.

Katanya, selepas itu dia sekeluarga berpindah ke Kelantan dan berniaga cendol di Panji dekat sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN