Tiga seleksi busana raya anggun, eksklusif

Tiga seleksi busana raya anggun, eksklusif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bersempena ulang tahun ke-20, jenama Rizman Ruzaini menawarkan tiga koleksi lebih eksklusif dan menyimpan nilai sentimental tinggi dengan peminat setia.

Rizman Ruzaini Raya 2025 Couture Collection, Rizman Ruzaini Raya 2025 Anniversary Capsule Collection dan pengenalan kembali Rizman Ruzaini Red menyerikan lagi koleksi raya tahun ini.

Mengangkat kembali ilham Mustika daripada koleksi Musim Bunga/Panas 2025 yang dipentaskan di Minggu Fesyen Dubai pada penghujung tahun lalu, jenama itu membawakan koleksi Mustika ini sebagai antara seleksi Raya 2025 yang memberi penghormatan kepada warisan budaya Malaysia iaitu gabungan unsur tradisional dengan inovasi kontemporari.

Potongan kebaya menjadi watak utama dalam koleksi ini sebagai simbol warisan, identiti dan keanggunan abadi.

Elemen tradisional dan moden yang digabungkan dengan sulaman mesin mencipta motif yang dipengaruhi oleh budaya Melayu dan Peranakan.

Penggunaan fabrik berlipat menyuntik daya tarikan koleksi ini, di samping kemasan mewah.

Selain itu, koleksi kapsul sedia dipakai pula diinspirasi daripada rekaan yang paling disukai pelanggan setia dan diberi sentuhan moden yang segar, namun kekal dengan cita rasa kontemporari.

Koleksi itu terdiri daripada lapan rekaan unik yang dihidupkan semula dalam rona lembut yang pastinya sesuai untuk digayakan pada hari raya.

Setiap rekaan ditaburi perincian mewah dan dihasilkan daripada fabrik sifon berkualiti tinggi, menambahkan nilai pada setiap hamparan helaian.

Menariknya, rekaan ini menawarkan keseimbangan antara tradisi dan moden, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang menginginkan gaya anggun mewah, namun pada harga yang masih praktikal untuk sebuah nilai penghasilan yang rumit.

Rizman Ruzaini Red Collection pula menawarakn lapan pilihan mewah dengan harga mampu milik namun masih mengekalkan rekaan elegan dan sofistikated.

Rekaan dalam koleksi ini termasuklah baju kurung Kedah, baju kurung Pahang, baju kurung moden, kebaya dan kebaya labuh.

Ia diperbuat daripada fabrik krep dan renda yang selesa.

Lebih istimewa, tujuh daripada lapan rekaan ini dilengkapi dengan selendang percuma, menjadikannya pilihan penataan gaya yang lengkap dan anggun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN