MENIKMATI kepelbagaian hidangan terutama masakan Melayu dan campuran hidangan barat semestinya menduga selera sesiapa sahaja.
Apatah lagi ketika berbuka puasa dan ini pasti akan membuatkan sesiapa sahaja tidak melepaskan peluang mencuba setiap jenis menu yang dihidangkan.
Di The Face Style, terdapat lebih 80 hidangan yang perlu dicuba dengan kebanyakan rasanya hampir sama seperti air tangan ibu.
Antara menu yang wajib dicuba semestinya sup gearbox dengan rasa rempah dan kelembutan daging tersendiri.
Kuah sup yang pekat pasti akan membuatkan sesiapa sahaja menghirupnya.
Selain itu menu seperti itik masak lemak cili api juga antara hidangan wajib di cuba di sini. Paling penting daging itik di sini tidak hanyir dan lembut dengan kuah yang cukup rasa.
Pengunjung yang datang ke sini juga boleh menikmati menu lain seperti nasi minyak Terengganu, shawarma dan aneka makanan laut.











