PSG buktikan Anfield tidak kebal

PSG buktikan Anfield tidak kebal

psg
Pemain Paris Saint-Germain (PSG) meraikan kejayaan menewaskan Liverpool 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi kedua peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara di Anfield, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Pengurus Paris ­Sa­int-Germain, Luis Enrique, ber­kata, pasukannya berhak ra­ih slot ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas mempamerkan aksi memukau di Anfield, semalam.

Enrique berkata, Liverpool se­patutnya meneruskan kema­raan, namun ia tidak berlaku kerana pertembungan dua pa­sukan hebat berlaku lebih awal.

Enrique bangga dengan kebangkitan anak-anak buahnya selepas ketinggalan satu gol selepas perlawanan pertama minggu lalu untuk menewaskan Liverpool 4-1 dalam penentuan sepakan penalti di Anfield.

“Kedua-dua pasukan patut layak ke peringkat seterusnya, mereka bermain lebih baik daripada kami di sini, tetapi saya rasa pasukan saya di Anfield, di stadium yang istimewa, menunjukkan personaliti dan karakter yang hebat.

“Kami cuba bermain sebaik mungkin, tetapi ia sukar kerana mereka sangat tegang. Kedua-dua pasukan patut layak mara. Karakter dan personaliti, walaupun ketika kami mengambil sepakan penalti, mereka me­nunjukkan karakter yang hebat. Saya rasa ini jelas menunjukkan siapa kami sebagai sebuah pasukan,” katanya.

PSG yang juga pendahulu Ligue 1, belum pernah memenangi Liga Juara-Juara selepas kalah kepada Bayern Munich dalam aksi final musim 2020.

Liverpool yang meraih gela­ran Eropah pada edisi 2019, dianggap sebagai pilihan utama untuk mara selepas menduduki tangga teratas dalam fasa liga lapan perlawanan.

“Apabila undian memberitahu kami mengenai perlawanan menentang Liverpool dan PSG, kedua-dua pengurus berfikir perkara yang sama,salah satu perlawanan terbaik yang boleh ditonton di Eropah.

“Kami gembira dan yakin untuk mara ke peringkat seterus­nya,” kata Enrique.

Dalam pada itu, bekas penyerang England, Alan Shearer memuji ketenangan pemain PSG mengambil sepakan penalty dalam penentuan penuh epik di Anfield.

“Anda dapat lihat empat sepakan penalti yang sempurna di bawah tekanan yang sangat tinggi, PSG patut diberi pujian besar. Kekecewaan selepas kalah dalam perlawanan pertama dan bermain dengan sangat baik,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×