LONDON: Bekas bintang Formula Satu (F1), Mika Hakkinen percaya bahawa adalah sukar untuk Lewis Hamilton memenangi kejuaraan dunia buat kali kelapan selepas perpindahannya menyertai Ferrari namun itu bukan sesuatu yang mustahil.
Hamilton menyertai Ferrari dari Mercedes yang mana dia dijangka mengakhiri kariernya dan mengukuhkan legasinya sebagai salah seorang pemandu terbaik sepanjang zaman.
Pemandu dari Britain itu sudah memegang rekod kemenangan perlumbaan terbanyak (105), podium (202) dan kedudukan petak pertama (104) sepanjang kariernya dan menyamai seteru lama Hakkinen, Michael Schumacher dalam senarai pemandu dengan gelaran juara terbanyak.
Keputusan mengenai sama ada Hamilton boleh mengatasi Schumacher dan memecahkan salah satu rekod tertua dalam F1 masih belum pasti, memandangkan peraturan pada 2026 yang berpotensi mengubah kedudukan pasukan secara besar-besaran.
Hakkinen juara dua dunia dua kali tidak menolak kemungkinan Hamilton menambah satu lagi gelaran sebelum bersara tetapi menganggap ia sukar memandangkan beberapa pemandu lain seperti Fernando Alonso dan Sebastian Vettel telah gagal sebelum ini.
“Ia akan menjadi situasi yang sangat menarik tahun ini. Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) adalah untuk menjadikan F1 lebih kompetitif supaya peminat boleh menikmati perlumbaan.
“Apa yang dimaksudkan itu adalah ialah semua kereta dan pasukan, daripada segi masa pusingan dan daya saing, mungkin hampir sama. Oleh itu, untuk dapat memenangi perlumbaan dan kejuaraan, ia semakin mencabar,” katanya. – AGENSI/UTUSAN










