1,000 kampit beras percuma licin dalam 90 minit

1,000 kampit beras percuma licin dalam 90 minit

ORANG ramai beratur mendapatkan beras yang diagihkan secara percuma oleh seorang peniaga di Kuala Terengganu, kelmarin. – UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga meneruskan rutin tahunannya berkongsi rezeki dengan mengagihkan 1,000 kampit be­ras secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah.

Pemilik Gemilang Speed Mart, Siti Fatimah Mohamed Farook berkata, beras seberat lima kilogram itu diharap dapat membantu meringankan beban golongan tersebut sepanjang Ramadan ini.

“Alhamdulillah, hasil perniagaan selama ini saya kumpulkan bersama infaq dari enam adik beradik untuk mengagihkan 1,000 kampit beras.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rasa puas apabila dapat melihat senyuman pengunjung yang gembira menerima sumbangan kecil kami ini dan berharap agar perniagaan terus diberkati,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Sementara itu, tinjauan mendapati, orang ramai mula beratur sejak pukul 1.30 petang di luar premis perniagaan tersebut untuk mendapatkan beras yang diagihkan sendiri oleh Siti Fatimah dan adik beradiknya.

Semua beras tersebut selesai diagihkan dalam tempoh satu jam 30 minit.

Beberapa penerima yang di­temui menyifatkan agih­an tersebut sangat membantu mengurangkan beban memandangkan kos sara hidup yang semakin tinggi ketika ini.

Ibu tunggal, Siti Idayu Ahmad Abidin, 47, berkata, dia mendapat tahu agihan beras percuma itu daripada beberapa jiran melalui kumpulan aplikasi WhatsApp dan gembira dengan keikhlasan peniaga tersebut berkongsi rezeki. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini