Prospek jangka panjang IHH Healthcare dijangka positif

Prospek jangka panjang IHH Healthcare dijangka positif

RHB Research mengekalkan saranan ‘beli’ terhadap sahan IHH Healthcare.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: RHB Research positif terhadap prospek jangka panjang IHH Healthcare Bhd., didorong kekuatan jenama selain peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan dan fokus kepada pelanggan mewah bagi memberikan daya tahan pendapatan.

Firma penyelidikan itu juga kekal yakin dengan pelan strategik pertumbuhan oraganik dan bukan organik kumpulan itu.

Katanya, sehingga Disember 2024, kumpulan itu telah menambah sejumlah 1,004 katil bagi memenuhi sasaran pengembangan sebanyak 4,000 katil menjelang 2028.

“Fokus pengembangan selebihnya akan tertumpu kepada pasaran membangun seperti di Malaysia dan India, memberikan peluang kepada IHH untuk meneroka kawasan yang memiliki kurang akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti.

“Kami menyukai startegi pelaksanaan kumupulan dan jejak serantaunya di seluruh wilayah utama yang dipacu kekuatan jenama selain fokus kepada pelanggan mewah bagi menyediakan pendapatan berdaya tahan,” katanya dalam satu nota penyelidikan. 

Terdahulu, untung bersih kumpulan itu bagi tahun kewangan 2024 susut kepada RM2.66 bilion berbanding RM2.95 bilion pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, pendapatan kumpulan penyedia penjagaan kesihatan bersepadu itu meningkat kepada RM24.38 bilion daripada RM20.93 bilion, didorong pertumbuhan berterusan dalam jumlah pesakit dan intensiti pendapatan di semua pasaran, masing-masing sebanyak 16 peratus dan 17 peratus berbanding tahun kewangan 2023.

IHH juga mengekalkan lembaran imbangan yang kukuh dengan aliran tunai bersih daripada aktiviti operasi berjumlah RM3.1 bilion dan nisbah hutang bersih pada tahap sihat iaitu 0.39 kali.

RHB Research berkata, pihaknya menyemak turun pendapatan 2025 hingga 2026 kumpulan sebanyak tiga peratus dan satu peratus selepas mengambil kira kos kewangan yang lebih tinggi.

“Bagaimanapun, kami terus menyukai IHH kerana jejak serantaunya yang bereputasi di seluruh wilayah utama, pengembangan teguh dan permintaan berdaya tahan bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan.

“Kami mengekalkan saranan ‘beli’ dengan harga sasaran (TP) lebih rendah RM8.70 sesaham,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×