Amirudin pertahan Naib Presiden PKR

Amirudin pertahan Naib Presiden PKR

AMIRUDIN Shari dalam Majlis Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Cabang Tahunan 2025  PKR Selangor di Shah Alam, Selangor. – MINGGUAN/MUHAMAD SYAKIR RADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengambil keputusan untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada Mei ini demi menjaga keutuhan dan perpaduan PKR. 

Beliau berkata, keputusan itu dibuat untuk memastikan parti mengambil langkah pengukuhan bagi meneruskan sokongan terhadap Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Kita jangan api-api sana sini, kata ini itu peluang, jadi jelaslah, Insya-Allah saya akan memikir, saya yakin Perdana Menteri harus dapat sokongan terus daripada saudara Rafizi (Datuk Seri Rafizi Rami) sebagai Timbalan Presiden dan saya akan terus berdiri sebagai Naib Presiden.

“Hari ini saya hendak maklumkan, kita harus bekerjasama dengan semua pihak, jadi siapa hendak lawan bertanding, bertandinglah tetapi jaga batas, sikap dan bahasa, ingat ini bulan Ramadan.

“Sebab itu saya harap, dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) nanti, kita parti yang memerintah, kita juga bersama-sama mentadbir di Putrajaya, fikirkan isu rakyat, kemukakan cadangan di peringkat parti, kongres kita akan memberikan hala tuju besar kepada negara,” katanya pada Majlis Perasmian Perdana MATC 2025 di sini kelmarin.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak dilapor mahu mengumumkan sama ada mempertahan kedudukan sebagai Naib Presiden atau bertanding jawatan Timbalan Presiden selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri.

Katanya, majoriti penyokong memintanya bertanding jawatan lebih tinggi iaitu sebagai Timbalan Presiden.

Selain itu, Amirudin mengulangi pendirian untuk kekal bersama parti walaupun timbul desas-desus bahawa beliau dikatakan mahu melompat parti yang wujud sejak 2007 ketika Datuk Ezam Mohd. Nor meninggalkan parti.

“Saya difitnah katanya hendak keluar parti sejak Ezam Nor keluar parti pada tahun 2007, ini dah hampir 2027, saya kekal dalam PKR.

“Masa zaman Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim pun sama cerita, apatah lagi ketika Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali). Saya tak tahu siapa fitnah, kita boleh move on (bergerak ke hadapan), kita maju ke depan dan terus Alhamdulillah itu menyebabkan saya kekal dan istiqamah dengan Keadilan,” katanya.

 

N

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×