‘Clean look’ dengan gabungan empat rona

‘Clean look’ dengan gabungan empat rona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mencipta gaya clean look pada kediaman menjadi idaman semua penggemar dekorasi kediaman.

Minggu ini, Seri kongsikan gaya clean look yang melatari kediaman milik guru, Ainaa Yasmin Alias.

Ainaa Yasmin yang mengetengahkan hiasan dalaman moden kontemporari dengan sedikit percikan gaya rumah ladang Inggeris bijak bermain dengan empat rona asas untuk membangkitkan suasana kemas dan bersih, atau dikenali sebagai clean look.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata wanita berusia 38 tahun ini, putih, kelabu, beige dan hitam menjadi warna utama yang melatari keseluruhan kediaman teres dua tingkat itu.

“Kediaman ini menampilkan penggunaan warna neutral dan perabot yang ringkas.

“Konsep ini dipilih bagi memberikan suasana tenang, kemas dan selesa. Selain itu, ia mudah disesuaikan dengan pelbagai gaya dekorasi tanpa kelihatan berlebihan,” katanya.

Perabot dan aksesori
Warna-warna neutral digunakan bagi pemilihan cat rumah, perabot, kabinet dapur dan barang- barang perhiasan lain.

Aksesori juga tidak terlampau sarat supaya ruang nampak lebih besar dan cerah.

“Pada awalnya, dekorasi rumah hanya tertumpu pada tempat-tempat yang penting seperti kabinet dapur, perabot ruang tamu dan makan.

“Untuk mendapatkan satu konsep yang lengkap mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat beberapa bahagian yang dilakukan secara sendiri (DIY) dan barang- barang dekorasi dibeli berperingkat mengikut kesesuaian bajet.

“Secara peribadi, konsep ini memberikan suasana tenang kerana pemilihan warna-warna yang neutral. Selain itu, ia membuatkan rumah nampak lebih cerah dan luas,” katanya.

Tambahnya, konsep ini juga bersesuaian dengan keluarga saya yang terdiri daripada anak-anak sedang membesar kerana perabot dan barang dekorasi tidak terlampau sarat.

“Secara keseluruhan, ia mudah diselenggara kerana penggunaan perabot yang praktikal dan kurang perhiasan yang berlebihan.

“Bagaimanapun, kebersihan dinding dan perabot berwarna cerah perlu dijaga untuk memastikan rumah nampak kemas,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini