1MDB: Saksi pembelaan `hilang'

1MDB: Saksi pembelaan `hilang’

Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) memohon untuk membatalkan sapina yang dikeluarkan terhadapnya, berdasarkan permohonan dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi di sini semalam dimaklumkan salah seorang saksi yang ditawarkan oleh pendakwaan kepada mereka tidak dapat dikesan sejak Januari lalu.

Menurut peguam bela, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pihaknya telah cuba menghubungi Brian Chia Hock Gee malah turut bertanya kepada mereka di dalam praterniti guaman berhubung keberadaan lelaki itu.

Hoclk Gee merupakan bekas peguam di firma guaman, Wong & Partners yang sebelum ini adalah firma guaman yang menasihati syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Hock Gee sebelum ini berada dalam senarai pendakwaan, bagaimanapun dia tidak dipanggil sebagai saksi dan kemudiannya ditawarkan kepada pembelaan Pihak pendakwaan juga ada mengambil pernyataan saksi Hock Gee.

“Kami telah cuba menghubungi saksi ini sejak Januari lalu malah turut bertanya kepada rakan-rakan peguam lain berhubung keberadaannya telah dimaklumkan mereka juga tidak mengetahui di mana Hock Gee berada sekarang.

“Mengikut pengetahuan kami namun masih belum dapat disahkan, saksi ini tidak berada di dalam bidang kuasa negara ini. Oleh itu, kami turut memohon bantuan daripada pihak pendakwaan untuk mengesan saksi ini,” kata peguam itu.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar memberitahu, pihaknya akan membantu pembelaan untuk mengesan saksi tersebut.

“Sekiranya tidak berjaya, pihak pendakwaan akan mengemukakan penyataan saksi Hock Gee kepada pembelaan,” kata Kamal Baharin.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian menangguhkan prosiding ke hari ini.

Melalui prosiding pada 8 November 2022, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah, pendapat perundangan yang diberikan oleh seorang rakan kongsi sebuah firma guaman menyebabkan 1MDB mengalami kerugian AS$700 juta.

Muhammad Shafee berkata demikian ketika menyoal balas rakan kongsi yang juga Ketua Kumpulan Kewangan dan Amalan Projek firma guaman Wong & Partners, Lim Chin Hian.

Menurut Muhammad Shafee, seorang rakan kongsi firma guaman itu, iaitu Hock Gee, memberikan pendapat perundangan yang menjustifikasi pindahan AS$700 juta kepada syarikat Good Star Ltd (dikatakan milik ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low) melalui perjanjian usaha sama 1MDB-PetroSaudi Ltd (PSI).

Najib kini sedang dibicarakan atas terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×