Jepun hantar juara dunia ke ACC Asia

Jepun hantar juara dunia ke ACC Asia

Juara dunia, Kento Yamasaki akan menghangatkan lagi Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2025 di Nilai, esok. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 yang bermula esok bakal menjadi pentas pertempuran sengit apabila pasukan Jepun hadir dengan tiga juara dunia ke Velodrom Nasional Nilai.

Skuad negara bakal berdepan cabaran luar biasa dengan kehadiran Kento Yamasaki, juara dunia keirin lelaki, Kazushige Kuboki, juara dunia ‘scratch’ lelaki, serta Mina Sato, juara dunia keirin wanita.

Pengarah Teknikal Berbasikal Trek Negara, John Beasley mengakui kejohanan ini tidak akan menjadi mudah, namun percaya peluang Malaysia tetap cerah di laman sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya yakin kami akan berjaya, tetapi saya tidak pasti berapa banyak pingat emas yang boleh kami peroleh.

“Kami akan mengumpulkan beberapa medal tetapi kita mempunyai pertandingan yang agak sukar. Jadi, kami akan melakukan yang terbaik,” kata Beasley.

Sementara itu, pelumba terbaik negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedang berdepan isu kecederaan lutut yang menjejaskan prestasinya, tetapi persiapan tetap berjalan lancar.

“Dia tidak berada pada tahap terbaik, tetapi jurulatih, Harnizam Basri akan memantau perkembangannya dengan lebih lanjut mengenai keadaannya,” tambahnya. 

Terdahulu, Shah Firdaus berdepan dilema apabila diramalkan menyertai acara keirin lelaki sahaja, namun Harnizam kelmarin, mengesahkan Institut Sukan Negara (ISN) sudah menilai dan lampu hijau diberikan kepada pelumba Muar itu untuk bersaing dalam acara pecut lelaki.

Selain itu, Beasley turut memuji beberapa pelumba wanita negara yang menunjukkan peningkatan ketara dan yakin mereka mampu memberi saingan di ACC 2025.

“Ini adalah sebahagian daripada persiapan yang akan membawa kepada perjalanan yang lebih panjang ke tahun depan dan kemudian Olimpik Los Angeles (LA) 2028,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×