Budak 10 tahun kritikal tercekik gula-gula mata

Budak 10 tahun kritikal tercekik gula-gula mata

Gula-gula mata yang dimakan oleh mangsa sehingga tercekik dan sesak nafas yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seorang bu­dak lelaki kini ‘bertarung nyawa’ di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mengalami sesak nafas akibat tercekik gula-gula jenis gummy yang dibelinya di luar kawasan sekolah kelmarin.

Mangsa, Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10, yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Dua di Butterworth, dipercayai membeli dua biji gula-gula tersebut di sebuah gerai sebelum sesi persekolahan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada sebelah petang.

Ketika kejadian pukul 2.30 petang, mangsa tercekik semasa menikmati makanan ringan itu dan mengalami kesukaran untuk bernafas namun sempat berjalan ke arah gurunya sebelum rebah secara tiba-tiba.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut ibu saudara mangsa, Siti Farhani Muhammad Fikri, 33, rakan-rakan kepada anak saudaranya itu kemudian memaklumkan ustazah yang bertugas, Mohammad Fahmi Hafiz mengalami sesak nafas.

Katanya, guru tersebut tidak mengetahui punca sebenar kejadian dan cuba untuk membantu dengan memberi rawatan awal termasuk menepuk bahagian belakang mangsa sebelum menghubungi ambulans.

“Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kemudian melakukan bantuan pernafasan sebelum berjaya mengeluarkan gula-gula tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini.
Siti Farhani memberitahu, ketika itu, keadaan Mohammad Fahmi Hafiz sudah kritikal dengan wajahnya mula bertukar kebiruan akibat kekura­ngan oksigen.

“Anak saudara saya kemudian dikejarkan ke hospital sebelum dimasukkan ke PICU. Keadaannya dilaporkan sangat kritikal dan doktor memantau perkembangannya ketika ini,” katanya.

Tambah Siti Farhani, mereka dimaklumkan doktor akan memantau perkembangan Mohammad Fahmi Hafiz sehingga Jumaat ini sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini