Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden

Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden

PENUNJUK perasaan berhimpun menentang pentadbiran Donald Trump ketika menyertai protes pada cuti umum sambutan Hari Presiden di New York.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Ribuan penunjuk perasaan Amerika Syarikat (AS) berhimpun di bangunan ibu pejabat negeri dan lokasi lain di seluruh negara bagi membantah perubahan besar yang dilaksanakan Presiden, Donald Trump dan penasihatnya, Elon Musk terhadap kerajaan persekutuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada setiap hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun. 

Di Washington, ribuan berkumpul di Capitol Reflecting Pool sambil melaungkan ‘Di mana Kongres’ dan mendesak anggotanya untuk melaksanakan tugas.

Aktivis, yang sebahagian besarnya dianjurkan oleh Gerakan 50501, yang memimpin perhimpunan di ibu negara, menyeru semua penunjuk perasaan bersatu untuk menegakkan Perlembagaan.

Penunjuk perasaan melaungkan ‘tiada raja pada Hari Presiden’ untuk membantah perebutan kuasa oleh Trump dan Musk, yang semakin agresif menyasarkan agensi kerajaan dengan memberhentikan ribuan kakitangan awam persekutuan.

“Tiada raja, tiada mahkota. Kami tidak akan berundur,” laung penunjuk perasaan yang berkumpul beberapa ratus meter dari Bangunan Capitol AS di National Mall, Washington.

Protes di seluruh negara itu merupakan sebahagian daripada Gerakan 50501 yang bermaksud 50 protes di 50 negeri dalam satu gerakan.

Menurut penganjur, protes itu diadakan sebagai tindak balas terhadap tindakan anti demokratik dan tidak sah oleh pentadbiran Trump.

Demonstrasi tersebut menandakan kempen nasional kedua gerakan itu, susulan siri perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Trump.

Protes turut berlangsung ketika Parti Demokrat bergelut untuk menentang langkah Trump, di mana Republikan menguasai majoriti Dewan Perwakilan dan Senat.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN