Lebaran 2025 bakal disambut dengan penuh gaya dan kelembutan menerusi koleksi terbaru dari JannahNoe, Petals of Peace.
Apa yang membuat koleksi ini begitu istimewa adalah gabungan rekaan feminin yang anggun dengan elemen moden yang tidak lapuk dek zaman, membawa keseimbangan antara tradisi dan gaya kontemporari.
Setiap helaiannya dihiasi dengan sulaman floral halus, perincian manik berkilauan dan fabrik premium yang memberikan keselesaan tanpa mengorbankan keanggunan.
Sama ada dirimu gemarkan siluet moden yang longgar atau potongan klasik yang lebih berstruktur, koleksi ini menawarkan sesuatu untuk setiap wanita. Lebih menarik, selebriti dan ikon fesyen Zahirah McWilson menjadi wajah utama koleksi ini, menyerlahkan keindahan setiap helaian yang ditawarkan.
Bagi yang berbadan langsing, pilihlah potongan yang lebih longgar dan bertekstur untuk memberikan sedikit ilusi bentuk pada tubuh. Luna Kurung adalah pilihan yang sempurna dengan potongan longgar dan lapisan organdi polka dot yang memberikan dimensi kepada tubuh.
Perincian sulaman dan manik halus pula menambah seri eksklusif pada penampilan anda.
Lengkapkan gaya dengan aksesori seperti rantai mutiara panjang atau anting-anting labuh untuk menambah elemen dramatik.
Jika dirimu berbadan kecil, pilihlah busana yang memberikan ilusi tinggi. Rosalind Kurung dalam warna Baby Green adalah pilihan ideal kerana potongannya yang ringkas tetapi elegan.
Sulaman floral dan manik berkilauan memberikan sentuhan klasik tanpa membebankan tubuh kecil.
Gayakan dengan kasut bertumit sederhana dan beg tangan mini untuk mengekalkan keseimbangan dalam penampilan.
Bagi yang bertubuh curvy, pilihlah potongan yang tidak terlalu ketat tetapi tetap memberikan struktur pada tubuh.
Gwyneth Kurung adalah pilihan yang tepat dengan potongan klasik yang memeluk tubuh dengan selesa tanpa menonjolkan bahagian tertentu secara berlebihan.
Warna biru lembut dalam koleksi ini juga membantu memberikan kesan langsing.
Padankan dengan tali pinggang halus untuk menonjolkan bentuk pinggang dan kasut tumit tinggi nude untuk memanjangkan siluet tubuh.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi Petals of Peace yang sudah dilancarkan.
Sama ada dirimu menyambut Raya dalam gaya klasik atau moden, JannahNoe memastikan setiap helaian dalam koleksi ini diraikan dengan keanggunan dan kesempurnaan.
Luna Kurung dan Gwyneth Kurung bakal dilancarkan segera. Rosalind Kurung sudah boleh didapati di butik dan laman web rasmi. Nantikan kemas kini di media sosial dan laman web.-UTUSAN










