Selain cuaca, MET disaran uar-uarkan suhu di tanah tinggi

Selain cuaca, MET disaran uar-uarkan suhu di tanah tinggi

ELOK juga kiranya Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) menguar-uarkan keadaan suhu di tanah-tanah tinggi di Malaysia terutama yang mempunyai suhu sederhana sejuk antara 20 ke 14 darjah celsius (°C).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAHNIAH Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) kerana hampir semua ramalan cuaca yang di buat dan di siarkan di televisyen adalah betul, walaupun tidak semestinya sentiasa tepat dan terjadi namun ia dapat menjadi panduan orang ramai.

Sebagai contoh ramalan cuaca seperti ombak besar, laut bergelora, air pasang besar, benar-benar berlaku di sebelah pantai barat baru-baru ini dan menenggelamkan kawasan rendah tepi pantai, jalan dan lain-lain.

Cuma MET tidak boleh membuat ramalan banjir. Pun begitu, ramalan hujan lebat terutama pada musim monsun sepatutnya sudah memadai untuk orang ramai beringat dan bersedia yang berkemungkinan akan berlaku banjir.

Namun apa yang terjadi ialah keengganan orang ramai untuk berpindah lebih awal atau hanya bersikap tunggu dan lihat.

Akibatnya banyak kerosakan benda, dokumen yang tidak sempat dipindahkan dan diselamatkan, bahkan berlaku kemalangan jiwa.

Di samping itu, elok juga kiranya MET menguar-uarkan keadaan suhu di tanah-tanah tinggi di negara kita terutama yang mempunyai suhu sederhana sejuk antara 20 ke 14 darjah celsius (°C). Ia dapat memberi maklumat kepada orang awam yang ingin bercuti dan melancong ke tempat berkenaan.

Oleh itu, elok MET masukan slot mengenai suhu di tempat berkenaan di waktu malam dan siang.-UTUSAN

TEROPONG DO RE MI
Setapak, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×