JEJU: Bot nelayan yang membawa 15 kru terkandas di perairan berhampiran selatan pulau peranginan Jeju di Korea Selatan, hari ini, sehingga mengorbankan dua individu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Bot nelayan seberat 32 tan itu turut menyebabkan dua individu lagi hilang.
Sebuah bot lagi seberat 29 tan dengan lapan kru turut terkandas di atas batu di perairan Jeju, sekitar pukul 9.24 pagi.
Sehingga pukul 3 petang, seramai 13 kru diselamatkan dan dua daripadanya disahkan meninggal dunia.
Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan bagi mengesan dua lagi awak-awak yang hilang.
Seorang kru yang meninggal dunia melibatkan warga Indonesia yang ditemukan kira-kira empat jam selepas insiden itu.-AGENSI











