Perlu ubah sikap jika ingin bersatu

Perlu ubah sikap jika ingin bersatu

Pemimpin Pas perlu berubah dengan mengamalkan semangat setiakawan tinggi dan membuang sifat munafik jika mahu kembali membentuk perpaduan ummah dengan UMNO.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pemimpin Pas perlu berubah dengan mengamalkan semangat setiakawan tinggi dan membuang sifat munafik jika mahu kembali membentuk perpaduan ummah dengan UMNO.

Timbalan Ketua Pe­nerangan UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, parti itu sudah serik dengan sikap Pas yang mengamalkan ‘tikam belakang’ dengan menyertai Perikatan Nasional (PN) walaupun membentuk kerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN).

“Kami (UMNO) tidak pernah melupakan pengkhianatan itu, apatah lagi kesakitan ditikam oleh Presiden Pas (Tan Sri Abdul Hadi Awang) yang kononya memimpin parti Islam, tetapi perilaku serta keputusan tidak mencerminkan agama (Islam). 

“Mana mungkin orang Islam sanggup berbohong dengan menyembunyikan agenda menikam parti rakan dalam MN mereka sendiri. Jadi, Mursyisul Am Pas (Datuk Hashim Jasin) perlu sedar dan mengingatkan kembali sejarah pengkhiatan MN yang ditubuhkan 2019,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Akhbar ini melaporkan, Hashim yakin dalam tempoh terdekat perpaduan ummah membabitkan kerjasama parti-parti politik Melayu Islam akan hidup subur di negara ini.

Katanya, melihat kepada suasana politik semasa sekali gus bakal mengukuhkah suara Melayu Islam di negara.

Noor Hariri berkata, UMNO dalam sejarah­nya tidak pernah mengkhianati rakan sekutu termasuk Pas dalam menjalinkan kerjasama politik.

“Jadi, Pas perlu muhasabah diri di atas perpecahan umat Islam dan Melayu di negara ini dengan hujah songsang oleh kepimpinan mereka,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×