PHKL: Selesaikan pertelagahan cara baik

PHKL: Selesaikan pertelagahan cara baik

Suhardi Alias
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias mengingatkan pihak yang bertelagah pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL) supaya menyelesaikan isu berkenaan secara sihat.

Mesyuarat Agung PHKL yang ditangguhkan minggu lalu mencetuskan kontroversi apabila pencabar utama kerusi presiden, Datuk Megat D Shahriman Zaharuddin serta beberapa ahli yang lain mendakwa tidak dibenarkan masuk untuk menghadiri sesi pemilihan.

Situasi itu mencetuskan ketegangan dan pertengkaran yang berlangsung hampir 10 minit sekali gus AGM berkenaan terpaksa ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan.

Suhardi menegaskan bahawa semua pihak perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan yang mana patuh di bawah perlembagaan persatuan mereka.

“Kami harap kedua-dua pihak akan cuba selesaikan masalah ini dengan cara yang baik. Kami juga berharap semua pihak menghormati budaya kesukanan.

“Di bawah Seksyen 23 Akta Pembangunan Sukan 1997, dinasihatkan persatuan harus menyelesaikan perselisihan melalui jawatankuasa dan mematuhi peruntukan di bawah perlembagaan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, presiden PHKL, I. Vikneswaran, menafikan dakwaan bahawa beliau membawa ‘samseng’ ke AGM terbabit, sebaliknya menjelaskan bahawa indvidu terbabit ditugaskan untuk memastikan kelancaran program berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×