Jurulatih sekat atlet kembang bakat

Jurulatih sekat atlet kembang bakat

John Beasley
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah teknikal berbasikal trek negara, John Beasley terkejut dengan pemikiran sesetengah jurulatih tempatan yang tidak memberi komitmen untuk atlet menyertai Program Perpindahan Bakat (Talent Transfer) anjuran Majlis Sukan Negara (MSN).

MSN telah melancarkan program terbabit sejak Mac tahun lalu untuk memberi peluang kepada atlet berbakat mencuba sukan lain, serta mempercepatkan proses pencarian bakat baharu.

Atlet dari Sekolah Sukan Malaysia (SSM) dan Sekolah Sukan Negeri (SSN) kini boleh memilih tiga sukan untuk dipertimbangkan iaitu terjun, berbasikal, dan olahraga.

Bagaimanapun, Beasley berkata, jumlah atlet yang berminat terlalu rendah, dan dia berharap agar jurulatih lebih terbuka untuk memberi peluang kepada atlet mereka untuk beralih sukan.

“Masalah yang kami hadapi adalah, terdapat banyak jurulatih yang lebih mementingkan projek mereka sendiri. Kami pergi ke Johor, di mana kami sepatutnya mempunyai 160 pelumba basikal yang mendaftar untuk diuji.

Namun, seminggu sebelum itu, hanya 16 yang hadir kerana jurulatih mereka berkata mereka tidak boleh melakukannya. Inilah masalah kami.

“Jurulatih ini lebih melihat kepada hal kecil, bukannya gambaran yang lebih besar. Kami berfikir tentang apa yang perlu kami lakukan untuk melahirkan atlet kebangsaan, namun mereka melihat perkara yang mereka perlukan untuk projek kecil mereka sendiri.

“Dan inilah yang mengganggu perkembangan sukan. Saya tidak boleh menyalahkan mereka kerana mereka mahu mencapai prestasi, jadi mereka mahu atlet yang terbaik. 

“Tetapi akhirnya, ada atlet yang mungkin tidak akan sampai ke peringkat tertinggi dalam sukan tersebut, jadi mengapa tidak beri mereka peluang untuk mencuba,” kata Beasley. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×