Siapa tonton drama Projek: Anchor SPM? Angkat tangan! Mesti kenal dengan Botol. Ya, watak yang dijayakan dengan begitu kemas oleh Chubb-E. Mana tidaknya, kecohlah media sosial memuji Chubb-E ini.
Poklip pun cuba-cubalah menonton drama tersebut. Yalah, nanti cakap kita tak ikut peredaran masa. Nak mengkritik tapi tak tonton. Cakap macam tin kosong. Gitulah warganet! Tidak ada yang betul.
Tapi betullah pujian warganet terhadap lakonan Chubb-E. Bersahaja, santai tapi memberi kesan. Mula-mula Poklip tengok, penyanyi itu seperti kekok dan janggal. Rasa macam eh, kenapa dia jadi pelakon ya?
Namun selepas beberapa episod dan karakter semakin matang, kita dapat lihat keserasian Chubb-E dan Botol memang kena.
Begitulah Botol seharusnya dipotretkan. Seorang pelajar lelaki yang sempoi.
Chubb-E pun dalam industri seni suara tidak kurang kreatifnya. Walaupun dia seorang yang memang tidak ada kontroversi, namun peminat setia muzik tanah air pasti mengakui dia merupakan pelapis yang harus ditatang dengan baik.
Jangan jadi segelintir BBNU (Budak Baru Nak Up) yang sibuk mencanang kisah cinta tak jadi, muat naik gambar bukan-bukan atau cari pasal dengan artis lain. Rasanya kalau begitu, sekadar popular tapi hasil tak ada.
Kepada Chubb-E, kekallah dalam landasan yang betul. Jangan khuatir tentang populariti, akan hadir satu masa jika niat ikhlas dan baik, pasti kemenangan milik anda. Tapi Chubb-E popular lah! Sesuai bakat dan popular seiring. Gitu!










