Peminat makanan cina pastinya tahu keenakan ladu (dumpling).
Proses membuat ladu sememangnya agak susah, namun jangan risau ia banyak dijual di pasaran dalam bentuk sejuk beku.
Kali ini, Seri kongsikan resipi sup ladu versi ringkas oleh Siti Hasmah Abu Hasan menggunakan ladu sejuk beku.
Sup ini ala masyarakat Cina dengan penggunaan minyak bawang putih dan halia serta minyak bijan.
Istimewanya, minyak bawang putih dan halia disediakan terlebih dahulu sebelum digunakan untuk menumis sup.Jom ikuti cara-caranya.
Minyak bawang putih dan halia
Bahan-bahan
Bawang putih
Halia
Cara-cara:
Cincang bawang putih dan halia sehingga halus.
Kemudian, goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing. Boleh disimpan sebagai stok.
Sup ladu
Bahan-bahan
Ladu udang sejuk beku
2 sudu makan minyak bawang putih dan halia
1 sudu kecil pes halia
China leek atau daun bawang
1/2 sudu kecil lada hitam kasar
Bebola ikan (ikut kesukaan)
Air (untuk kuah)
1 kiub pati ikan bilis
Lada sulah
2 sudu makan kicap cair
Minyak bijan
Garam dan perasa
Langkah penyediaan:
Panaskan periuk dan masukkan minyak bawang putih dan halia yang telah disediakan terlebih dahulu.
Kemudian, masukkan halia, China leek atau daun bawang, lada hitam dan bebola ikan.
Masukkan air secukupnya untuk kuah.
Masukkan kiub pati ikan bilis, lada sulah, kicap cair dan biarkan mendidih.
Masukkan ladu dan sedikit minyak bijan.
Akhir sekali, masukkan garam dan perasa ikut selera.
Boleh dihidangkan dengan minyak cili, sos cili, bawang goreng dan daun sup.- UTUSAN










