Ladang solar TNB di UK serlah kepakaran Malaysia

Ladang solar TNB di UK serlah kepakaran Malaysia

ANWAR Ibrahim bertemu Speaker Parlimen Britain, Lindsay Hoyle di Bangunan Parlimen London, United Kingdom pada Selasa. – PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelancaran ladang solar Eastfield dan Bunkers Hill berkapasiti 102 megawatt (MW) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Uni­ted Kingdom (UK) mempamerkan kepakaran Malaysia dalam memacu penyelesaian tenaga lestari di seluruh dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ladang solar berkenaan menekankan tentang kerjasama tenaga serantau melalui Grid Kuasa ASEAN yang akan memberi manfaat kepada teknologi baharu dalam memajukan peralihan tenaga rantau ini.

“Justeru, usaha dalam bidang ini termasuk di UK, pasti bermanfaat disokong dengan kajian dan penerokaan (TNB) dan daya cipta daripada pemain korporat serta para profesional bagi menarik lebih banyak pelaburan dalam bidang tenaga boleh diperbaharui (RE).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hatta impaknya nanti akan memberi kesan positif kepada ekonomi negara dalam jangka masa panjang sekaligus meletakkan Malaysia sebagai destinasi industri peralihan tenaga utama,” katanya dalam kenya­taan semalam.

Untuk rekod, syarikat utiliti nasional itu mempunyai portfolio kasar RE (terutamanya daripada aset penjanaan tenaga solar dan angin) berjumlah 1.3 gigawatt (GW) dalam operasi dan pembangunan di seluruh UK dan Ireland, serta 3.2 GW di Semenanjung Malaysia (termasuk 2.5 GW hidro besar).

Bunkers Hill di Rotherwick (66.7 megawatt puncak (MWp) dan Eastfield di Harbury (35 MWp) itu merupakan ladang solar canggih dan inovatif.

Kedua-dua ladang solar de­ngan gabungan kapasiti 102 MW disasar mencapai Tarikh Operasi Komersial (COD) pada awal tahun ini.

Anwar meneruskan lawatan kerja ke UK dengan mengadakan pertemuan bersemuka bersama beberapa syarikat utama di negara itu.

Menurutnya, ia melibatkan syarikat Standard Charted PLC, Jaguar Land Rover Automotive PLC, Raw Energy dan Yondr.

“Platform ini kritikal bagi memperbaharui dan juga menerokai peluang perniagaan, pelaburan dan perdagangan di Malaysia. Moga pertemuan ini dapat melonjakkan prestasi ekonomi negara ke tahap le­bih baik, insya-Allah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Terdahulu, Anwar dan de­legasi singgah di Battersea Po­wer Station yang dimiliki oleh konsortium syarikat-syarikat Malaysia terdiri daripada Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Sime Darby Property, SP Setia Bhd., dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, ketersediaan segala infrastruktur di sana mampu menarik dan mengembangkan pulangan pelaburan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) itu ke tahap lebih tinggi pada masa hadapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×