‘Sir Henry’, juri yang sombong

‘Sir Henry’, juri yang sombong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kucing British Shorthair (BSH) adalah salah satu baka tertua dan paling terkenal di dunia.

Dikenali dengan tubuh yang padat, muka bulat dan mata besar, kucing baka ini mempunyai sejarah yang panjang bermula sejak zaman Rom.

Sifat santai dan mudah dijaga itu mendorong Tatty Hassan, 32, menjadikan kucing BSH sebagai penemannya di rumah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Si manja yang digelar Sir Henry itu mula dipelihara sejak Disember 2021 di samping turut mempunyai seekor lagi baka sama dinamakan Puan Sri Fatimah Nonoi.

Menurut Tatty, Sir Henry mendapat nama tersebut kerana ekspresi wajahnya yang sombong mirip watak bangsawan British.

Tingkah laku unik itulah yang selalu membuatkan dia dan suami tertawa.

Ditambah pula dengan tubuhnya yang padat dan berbulu kelabu lebat.

“Kawan-kawan saya menggelarnya sebagai kucing yang suka menghakimi manusia.

“Ekspresi wajah itu membuatkan Sir Henry nampak seperti pengkritik profesional, terutama ketika matanya bulat memandang ke arah kami, seolah-olah ingin berkata sesuatu.

“Dalam masa sama, telinganya tertarik ke belakang sekali gus menguatkan rasa yang ia menilai gerak-geri kami,” katanya kepada Seri.

Walaupun berwajah sombong, hakikatnya Sir Henry adalah kucing yang penuh dengan kasih sayang.

Malah, kucing itu juga mempunyai tabiat lucu apabila menunggu makanan.

“Makanannya perlu dicatu, jadi ia duduk diam dengan tangan di dalam mangkuk, memandang kami sebagai tanda protes lambat.

“Jika ragamnya tidak dihiraukan, ia akan terus menjilat mangkuk kosong itu, dengan pandangan mata sayu serta kelaparan?” ujarnya.

Tambahnya, tingkah laku lain yang sering membuatkan mereka ketawa adalah apabila Sir Henry sering menolak gelas-gelas di atas meja makan sehingga jatuh.

 

DIET
Sebagai pemilik kucing BSH, Tatty cakna tentang kepentingan diet yang tepat dalam menjaga kesihatan Sir Henry, terutama dengan saiznya yang agak besar.

Makanan premium diberikan yang mengandungi protein tinggi dan rendah karbohidrat, tanpa bahan tambahan yang berisiko menyebabkan masalah berat badan.

Menurutnya, doktor veterinar pernah memberi nasihat agar Sir Henry mengikut diet khusus kerana pada waktu itu, berat badannya hampir melebihi had sihat untuk umurnya.

“Sir Henry sangat memilih dalam soal pemakanan dan tidak gemar ikan atau ayam rebus, sebaliknya hanya makan pelet dan makanan basah sahaja.

“Pelet perlu dicatu dan makanan basah harus dikurangkan untuk menjaga berat badan serta kesihatan mulutnya,” jelasnya.

Justeru, katanya, setiap pemilik perlu memahami keperluan diet kucing mereka bagi memastikan si manja ini sentiasa hidup sihat, bertenaga dan ceria.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini