7 termasuk empat maut ketika hadiri Pinkfish didapati ambil pil ekstaksi

Tujuh termasuk empat maut ketika hadiri Pinkfish didapati ambil pil ekstasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan tujuh individu termasuk empat yang maut ketika menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway di sini ketika sambutan tahun baharu didapati mengambil pil ekstasi pada malam kejadian. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini pihaknya menerima enam laporan polis daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur.

Katanya, kedua-dua hospital itu telah menerima tujuh orang pesakit yang menunjukkan simptom sama. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketujuh-tujuh mangsa ini tidak hadir bersama-sama di konsert tetapi hadir secara berasingan dengan kawan-kawan dan ahli keluarga.

“Empat mangsa meninggal dunia, dua masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi dan seorang dicaj keluar. 

“Hasil siasatan mendapati kesemua mangsa ada menghadiri konsert Pinkfish pada malam kejadian dan dipercayai mengambil pil jenis ekstasi,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, sebanyak empat kertas siasatan dibuka di bawah mati mengejut (SDR) bagi mengenal pasti unsur keracunan atau jenayah. 

Jelasnya, pihak polis masih menunggu laporan analisis toksikologi untuk mengesahkan perkara tersebut termasuk punca kematian. 

“Sebanyak enam percakapan saksi telah diambil. Kita akan memanggil beberapa pihak lain termasuk penganjur untuk membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222 atau balai berhampiran.

Media semalam polis mengesahkan empat individu termasuk dua wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun meninggal dunia ketika menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway di sini kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini