AI berpotensi memanipulasi keputusan pengguna

AI berpotensi memanipulasi keputusan pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Teknologi kecerdasan buatan (AI) berpotensi mempengaruhi proses membuat keputusan pengguna dengan menganalisis ‘niat, tingkah laku dan data psikologi, menurut kajian.

Kajian penyelidikan Leverhulme Centre for the Future of Intelligence, Universiti Cambridge Britain, menumpukan kepada pasaran digital baharu yang dikenali sebagai ‘ekonomi niat’.

Model ini direka untuk mentafsir dan meramal niat pengguna berdasarkan aktiviti dalam talian mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut kajian diterbitkan Kajian Sains Data Harvard, sistem AI kini mampu mengumpul maklumat terperinci mengenai pengguna, termasuk rancangan tempahan hotel hinggalah kepada pandangan politik mereka.

Para penyelidik memberi amaran mengenai syarikat yang menggunakan sistem ini bukan sahaja boleh meramal, malah berupaya memanipulasi keputusan pengguna dan menjual data yang dikumpul kepada pihak ketiga.

Kajian itu turut menegaskan, syarikat kini semakin beralih kepada model ekonomi niat, yang menyasarkan kecenderungan politik, umur, jantina, tingkah laku dalam talian, malah minat peribadi pengguna untuk memaksimumkan keuntungan.

Selain itu, para penyelidik menyuarakan kebimbangan mengenai model AI pada masa hadapan di mana ianya berkemampuan memberi cadangan nyata mengenai rancangan pengguna, dengan potensi untuk mengubah keputusan tersebut.

Mereka turut menekankan risiko besar yang dibawa oleh teknologi seperti ini jika tidak dikawal dengan baik. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN