Putin mohon maaf, enggan bertanggungjawab insiden pesawat terhempas di Azerbaijan

Putin mohon maaf, enggan bertanggungjawab insiden pesawat terhempas di Azerbaijan

PAKAR kecemasan meninjau tapak nahas pesawat penumpang Azerbaijan Airlines berhampiran bandar Aktau di barat Kazakhstan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin memohon maaf atas insiden tragis melibatkan pesawat Azerbaijan Airlines yang terhempas pada Hari Krismas lalu, namun enggan mengakui negaranya bertaggungjawab terhadap kejadian tersebut.

Menurut kenyataan rasmi Kremlin, Putin menghubungi Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev, menerusi panggilan telefon bagi menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban. 

“Vladimir Putin memohon maaf atas insiden tragis yang berlaku di ruang udara Russia dan sekali lagi menyampaikan ucapan takziah mendalam kepada keluarga mangsa serta mendoakan agar mangsa yang cedera segera sembuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada waktu itu, Grozny, Mozdok dan Vladikavkaz sedang diserang oleh dron tanpa pemandu Ukraine dan sistem pertahanan udara Russia bertindak menangkis serangan tersebut,” jelas kenyataan itu lagi.

Spekulasi timbul mengenai sistem navigasi satelit (GPS) pesawat komersial itu mungkin rosak akibat gangguan elektronik, selain kemungkinan pesawat tersebut terkena peluru berpandu pertahanan udara yang dilancarkan bagi menangkis serangan dron Ukraine.

Sementara itu, Jurucakap Rumah Putih, John Kirby, pada Jumaat lalu mendakwa terdapat petunjuk awal Russia mungkin bertanggungjawab atas nahas tersebut.

Ketua agensi penerbangan awam Russia pula menyatakan keadaan di Chechnya amat rumit berikutan serangan dron Ukraine di kawasan itu.

Namun, kenyataan tersebut tidak mengakui Russia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan.

Pesawat yang dalam perjalanan dari Baku, ibu negara Azerbaijan ke Grozny, Chechnya, dilaporkan berada ratusan kilometer di luar laluan asal sebelum terhempas di Kazakhstan.

Insiden itu meragut 38 nyawa daripada 67 penumpang di dalam pesawat tersebut. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN