Ketua nuklear Russia terbunuh dalam letupan bom di Moscow

Ketua nuklear Russia terbunuh serangan bom di Moscow

IGOR KIRILLOV
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Seorang jeneral kanan Russia yang bertanggungjawab terhadap pasukan perlindungan nuklear di Moscow, terbunuh akibat letupan bom yang disembunyikan dalam skuter elektrik, semalam.

Ketua Tentera Radiologi, Kimia dan Pertahanan Biologi, Leftenan Jeneral Igor Kirillov terbunuh dalam kejadian berlaku pada Selasa di luar sebuah bangunan pangsapuri di Ryanzansky Prospekt.

“Igor Kirillov, ketua pasukan perlindungan radiasi, kimia dan biologi angkatan tentera Persekutuan Russia dan pembantunya terbunuh,” kata jawatankuasa penyiasat Russia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut laporan agensi berita TASS Rusia yang memetika pegawai penguatkuasa undang-undang, alat letupan itu mempunyai kapasiti kira-kira 300 gram setara TNT.

Sumber dalam Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) memberitahu Al Jazeera, mereka bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

“Kami mengaku bertanggungjawab terhadap pengeboman ketua Pasukan Pertahanan Radiologi, Kimia dan Biologi Russia, Igor Kirillov,” kata sumber tersebut.

Agensi berita Reuters dan AFP turut memetik sumber dalam SBU bahawa agensi itu berada di sebalik pembunuhan general berkenaan dan menyifatkannya sebagai ‘sasaran sah’.

Pasukan pertahanan radiasi, kimia dan biologi Russia adalah pasukan khas yang beroperasi dalam keadaan pencemaran radioaktif, kimia dan biologi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN