Dividen SSPN 2024 dijangka lebih tinggi

Dividen SSPN 2024 dijangka lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjangkakan pemberian dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) tahun 2024 kepada pendeposit meningkat lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, jangkaan tersebut berdasarkan prestasi semasa hasil pelaburan deposit Simpan SSPN yang bertambah.

Menurut beliau, perkara itu didorong pengurusan pelaburan strategik serta komitmen PTPTN dalam memastikan pulangan yang kompetitif kepada pendeposit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika dilihat pada pemberian kadar dividen Simpan SSPN bagi tahun 2023 adalah sebanyak 3.60 peratus, meningkat berbanding 3.05 peratus pada tahun 2022.

“Bagi tahun 2024, pemberian kadar dividen Simpan SSPN dijangka terus naik berban­ding tahun 2023 berdasarkan kepada peningkatan keuntungan pelaburan dan trend prestasi deposit Simpan SSPN yang membanggakan setiap tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Norliza memaklumkan, pada tahun ini, PTPTN merekodkan pulangan pelaburan deposit Simpan SSPN sebanyak RM341.54 juta bagi tempoh Januari sehingga September 2024.

Kata beliau, ini sekali gus menyaksikan pencapaian hasil pelaburan yang lebih baik berbanding RM287.64 juta untuk tempoh yang sama tahun 2023.

Malah katanya, peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada tiga peratus pada 3 Mei 2023 sehingga kini menggalakkan nilai pertumbuhan pelaburan dan membantu PTPTN memperolehi pulangan pelaburan yang lebih konsisten.

“Peningkatan keuntungan ini disokong oleh strategi pelaburan patuh syariah berjangka pendek dan panjang di pasaran wang tempatan yang melindungi prinsipal, pada masa sama memberikan pulangan yang tinggi dan positif.

“Strategi pengurusan risiko yang berkesan serta pemilihan portfolio pelaburan yang strategik dalam simpanan tetap jangka panjang telah berjaya mening­katkan pulangan pelaburan,” katanya.
Beliau berkata, penglibatan pelaburan dalam pasaran sukuk juga membantu dalam peningkatan pulangan pelaburan tersebut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini