Taufan Chido badai wilayah pulau Perancis, ragut dua nyawa

Taufan Chido badai wilayah pulau Perancis, ragut dua nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAINT-DENIS DE LA REUNION: Taufan Chido melanda wilayah pulau Perancis, Mayotte semalam, menyebabkan kemusnahan besar di kawasan setinggan dan menimbulkan kebimbangan terhadap jumlah kematian yang setakat ini meragut dua nyawa.

Pemangku Menteri Dalam Negeri, Bruno Retailleau berkata, ribut itu meninggalkan jejak kemusnahan yang tragis dan memberi amaran banyak kawasan setinggan di wilayah tersebut musnah sepenuhnya.

“Kami memerlukan beberapa hari untuk menentukan jumlah kematian, tetapi kita bimbang ia adalah tinggi,” katanya selepas menghadiri mesyuarat krisis yang dipengerusikan Perdana Menteri baharu Perancis, Francois Bayrou.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pejabat Retailleau memaklumkan, beliau akan ke Mayotte esok.

Taufan itu meletakkan wilayah tersebut dalam keadaan berjaga-jaga apabila ia menghampiri tanah besar Afrika, dengan kelajuan angin mencecah 226 kilometer sejam (km/j).

Ribut tersebut turut melanda kepulauan Komoros berhampiran, menyebabkan banjir serta kerosakan pada rumah penduduk.

Dua kematian disahkan berlaku di Petite-Terre, pulau kecil di antara dua pulau utama di Mayotte, menurut sumber keselamatan kepada AFP.

Menteri Kesihatan, Genevieve Darrieussecq berkata, keseluruhan sistem kesihatan wilayah itu terjejas teruk, dengan kerosakan pada pusat hospital Mayotte.

Terdahulu, Menteri Pertahanan, Sebastian Lecornu mengumumkan pesawat pengangkut A400M berlepas dari Perancis membawa bantuan dan peralatan keselamatan awam.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN