Bayrou galas tugas berat satukan Perancis

Bayrou galas tugas berat satukan Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Perdana Menteri baharu, Francois Bayrou berdepan tugas berat untuk menyatukan ahli Parlimen yang berpecah dan membawa Perancis keluar daripada krisis politik yang membelenggu negara itu selama berbulan-bulan.

Ketua parti MoDem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier dalam undi tidak percaya berikutan cubaannya untuk meluluskan belanjawan 2025 yang merangkumi kenaikan cukai sebanyak 60 bilion euro (RM280.4 bilion).

Bayrou yang merupakan sekutu berhaluan tengah adalah perdana menteri keenam di bawah mandat Macron dan yang keempat untuk tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Barnier yang paling singkat berkhidmat selepas hanya sempat bertahan selama tiga bulan.

Macron dilaporkan bertemu Bayrou di Istana Elysee dan keputusan muktamad dibuat beberapa jam kemudian.

Sumber memaklumkan, Macron awalnya lebih cenderung untuk memilih Menteri Pertahanannya yang setia, Sebastien Lecornu tetapi berubah fikiran apabila Bayrou mengancam untuk menarik balik sokongan partinya.

“Tiada siapa yang lebih tahu daripada saya tentang kesukaran keadaan ketika ini dengan Perancis menghadapi defisit belanjawan yang melambung, ditambah pula masalah ketidakstabilan politik.

“Saya sedar sepenuhnya tentang beban sebesar ‘Himalaya’ yang menanti. 

“Tetapi saya berikrar untuk tidak menyembunyikan, mengabaikan atau mengenepikan apa-apa pun dalam menghadapi tugas berat ini,” katanya kepada wartawan.

Susulan pelantikanya itu, Bayrou perlu segera membentuk kerajaan dan berusaha meluluskan belanjawan dalam Parlimen yang terbahagi dengan ketara, selepas Macron berdepan penentangan kuat dari blok sayap kiri dan kanan.

“Tugas pertama beliau adalah mengadakan dialog dengan semua kuasa politik kecuali Perhimpunan Kebangsaan (RN) berhaluan kanan dan parti-parti sayap kiri France Unbowed (LFI) untuk mendapatkan  syarat kestabilan dan tindakan berkesan,” kata pasukan Macron.

Politik Perancis menemui jalan buntu sejak Macron mengadakan pilihan raya Parlimen mengejut musim panas lalu dengan tinjauan pendapat ternaharu oleh BFMTV menunjukkan 61 peratus pengundi di Perancis bimbang dengan situasi kerajaan negara itu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN