Gaya si gadis ke kuliah

Gaya si gadis ke kuliah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Buat si gadis yang ingin tampil sopan tetapi kekal bergaya ke kuliah, koleksi blaus dan skirt, Flavie Velvet daripada jenama Haura Wear adalah pilihan sempurna.

Kombinasi keselesaan dan gaya, membantu menyerlahkan aura elegan di samping memudahkan pergerakan sepanjang hari di kampus.

Penggunaan fabrik cotton velvet lembut dan sulaman bunga yang manis menjadikan koleksi ini sesuai untuk suasana kuliah. Ringkas tetapi penuh dengan personaliti.

Blaus direka dengan kolar leher klasik yang memberikan sentuhan formal tetapi masih santai.

Butang penuh di depan bukan sahaja memudahkan pemakaian tetapi juga praktikal untuk si gadis.

Sulaman bunga halus mencerminkan keunikan rekaan, manakala potongan lengan yang selesa memudahkan si gadis bergerak dengan yakin sepanjang hari.

Blaus ini direka untuk semua bentuk badan sehingga yang bersaiz XL.

Skirt potongan A-line pula bukan sahaja memberikan ilusi lebih tinggi tetapi menambah kesopanan pada keseluruhan penampilanmu.

Dengan sulaman bunga yang serasi dengan blaus, skirt ini menambahkan kesan harmoni pada penampilanmu.

Tidak lupa, pinggang elastik penuh yang memastikan fleksibiliti untuk menghadiri kelas sepanjang hari, manakala poket di kedua-dua sisi adalah tambahan praktikal untuk menyimpan barang keperluan seperti telefon atau pen.

Pilihan warna-warna menarik seperti misty rose, burgundy, black dan greyish blue memberikan fleksibiliti untuk disesuaikan dengan mood dan personalitimu.

Untuk gadis bertubuh langsing, warna pastel seperti misty rose atau light sage akan menyerlahkan keceriaan dan kesegaran dirimu.

Gayakan dengan sneakers putih dan beg sandang sederhana untuk gaya kasual yang menarik perhatian.

Bagi gadis bertubuh petite, warna gelap seperti burgundy atau hitam membantu mencipta ilusi ketinggian dan memanjangkan siluetmu. Padankan dengan tudung bercorak minimalis dan aksesori seperti jam tangan atau gelang kecil untuk gaya yang kemas.

Gadis bertubuh gempal pula akan kelihatan wow dalam warna-warna lembut seperti koko atau khaki cerah yang mencipta keseimbangan pada bentuk badanmu. Pilihlah kasut bertumit rendah dan tote beg untuk gaya santai tetapi penuh keyakinan.

Set blaus dan skirt Flavie Velvet bukan sekadar pakaian, tetapi juga simbol keyakinan untuk si gadis ke kuliah.

Set ini boleh dipadankan dengan tudung sifon polos untuk gaya harian yang effortless atau tambahkan jaket ringan untuk menghadiri pembentangan di depan pensyarah.

Koleksi ini membantu dirimu bersedia menghadapi hari yang sibuk di kampus, sambil memastikan kelihatan on-point.

Dengan Flavie Velvet, dirimu bukan sahaja bersedia ke kelas, tetapi juga untuk menakluk dunia dengan segulung ijazah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN