Ayam panggang rangup, lembut

Ayam panggang rangup, lembut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
KALI ini Seri kongsikan resipi ayam panggang yang mudah untuk disediakan tanpa memerlukan banyak bahan.
Aromanya sudah cukup membuatkan perut lapar, dengan kulit rangup di luar manakala tekstur daging yang lembut di dalam.
Apa tunggu lagi, jom cuba resipi ini.
Bahan utama: 
-3 ketul ayam bahagian bawah
Bahan perapan: 
-2 sudu besar rempah cajun
-1/2 sudu besar serbuk cili atau paprika
-1 sudu besar sos tiram
-1 sudu besar sos cili
-2 sudu besar mayonis
-1 sudu besar madu
-2 sudu besar minyak masak
-1 sudu besar serbuk lada hitam
-1 sudu besar kicap pekat
-Garam jika perlu
Cara penyediaan:
-Gaul semua bahan perapan hingga sebati.
-Lumurkan bahan perapan pada keseluruhan ayam.
-Perap ayam sekurang-kurangnya sejam agar rasa rempah meresap sempurna.
-Bakar ayam dalam air fryer pada suhu antara ‪180 hingga 200‬ darjah celsius selama 20 hingga 25 minit.
-Selepas 10 minit, terbalikkan ayam dan sambung masak selama 15 minit lagi sehingga masak sepenuhnya.
-Hidangkan ayam panggang bersama sos Thai atau lada hitam untuk menambah keenakan.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×